Home All Isu Semasa Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga...

Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga Cepat Sembuh

815
0
Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga Cepat Sembuh

Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga Cepat Sembuh | Umum sedia tahu bahawa ketika ini Alif Satar, 30 sedang menjalani rawatan dan kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 semalam.

Rata-rata rakan artis, ahli keluarga dan sahabat handai telah mendoakan kesejahteraannya yang kini berada di salah sebuah pusat perubatan di Melaka.

Walaupun suasana agak kalut bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Alif, namun masing-masing berharap agar rakyat Malaysia dapat mendoakan kesejahteraan mereka serta ahli keluarga juga.

Terima ucapan & doa dari ustaz Abdul Karim

Dalam pada itu, Alif Satar telah berkongsi satu video kata-kata semangat dan doa buat dirinya daripada Ustaz Abdul Karim Al-Makki, iaitu Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ucap terima kasih & faham keadaan pesakit Covid-19

Dalam muat naik yang dilakukan oleh pengacara Big Stage itu, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Karim serta semua insan yang sudi mendoakan kesihatannya.

Tambah Alif, dia amat memahami perasaan pesakit Covid-19 ketika ini apabila berdepan ujian tersebut.

BACA JUGA :: Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘live’ Solat Jumaat

Semoga diberi kesembuhan

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut meninggalkan komen yang positif kepada Alif Satar diatas ujian yang sedang dihadapi olehnya.

Mereka  juga menitipkan doa buat selebriti serba boleh terbabit agar diberi kesembuhan daripada wabak Covid-19 ini.

alif satar

Terus kuat Alif!

Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga Cepat Sembuh 1

Tiada siapa mahu dijangkiti

Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga Cepat Sembuh 2

Sumber: Alif Satar

Pesanan & Doa Buat Alif Satar Dari Ustaz Abdul Karim Al-Makki Moga Cepat Sembuh 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here