Home All Isu Semasa Bagai Ada Sinar Baru! Pesakit Warga Emas Covid-19 Di Milan Sembuh Selepas...

Bagai Ada Sinar Baru! Pesakit Warga Emas Covid-19 Di Milan Sembuh Selepas Guna Ubat Ebola

2070
1
Bagai Ada Sinar Baru! Pesakit Warga Emas Covid-19 Di Milan Sembuh Selepas Guna Ubat Ebola

Bagai Ada Sinar Baru! Pesakit Warga Emas Covid-19 Di Milan Sembuh Selepas Guna Ubat Ebola | Lihat sahaja di media sosial, orang ramai mula rasa cemas dengan angka korban yang dicatatkan gara-gara wabak Covid-19.

Lihat sahaja di negara kita, Malaysia, setakat ini ianya telah mencatatkan 89 kematian sehingga artikel ini ditulis.

Antara negara yang yang turut terkesan dengan wabak ini adalah Itali dan juga 160 buah negara yang lain sehinggakan WHO mengisytiharkan ianya sebagai wabak pandemik.

PESAKIT WARGA EMAS ITALI SEMBUH MENGGUNAKAN UBAT PESAKIT EBOLA

Bagai ada sinar baru untuk mencegah wabak Covid-19 ini apabila terbaru di Milan, Itali dilaporkan pesakit warga emas lelaki warga emas berusia 79 tahun yang disahkan positif wabak ini kembali pulih.

BACA: Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk Bantu Warga Emas Ni.

Difahamkan pihak perubatan mereka telah merawat pesakit warga emas berkenaan dengan menggunakan ubat bagi pesakit yang menghidapi Ebola.

pesakit warga emas

DUA KALI UJIAN NEGATIF

Pada awalnya pesakit warga emas berkenaan mendapatkan rawatan pada 7 Mac yang lalu. Hasil saringan ujian adalah negatif untuk dua kali sepanjang 12 hari dia berada di pengawasan pihak hospital.

Menurut Matteo Bassetti iaitu Pengarah Klinik Penyakit Berjangkit, dia sangat percaya ini adalah kali pertama kes Covid-19 dapat dipulihkan selepas ujian dua sampel diambil memberikan keputusan negatif.

Selain itu, seorang pesakit wanita di Amerika Syarikat yang menghidapi wabak ini berada dalam keadaan kritikal namun dia akhirnya menunjukkan tanda-tanda positif selepas pihak hospital mereka menggunakan ubat yang sama bagi merawat pesakit Ebola.

SAINTIS CHINA TURUT MEMPERAKUI

Ubat ini diubahsuai untuk dimasukkan ke tubuh manusia lalu menjadi nucleotides, iaitu membentuk unit asas bagi DNA dan juga RNA molekul.

Bukan itu sahaja, saintis dari China turut memperakui bahawa ubat Ebola ini efektif untuk menghalang Covid-19 dan mampu memperlahankan simptom-simptom yang dibawa pesakit.

Sehubungan dengan itu, diharapkan ubat yang digunakan oleh pesakit Ebola ini mampu merawat pesakit Covid-19 juga memandangkan ianya suatu gejala buruk yang sedang melanda dunia masa kini.

Apa pun kita nanti kan penjelasan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara baik ini.

Baca Selanjutnya


Bagai Ada Sinar Baru! Pesakit Warga Emas Covid-19 Di Milan Sembuh Selepas Guna Ubat Ebola 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here