Home All Isu Semasa Pesakit Kanser Menyewa Rumah Kayu Dalam Kebun Getah, Suami Pula Hilang Kerja.

Pesakit Kanser Menyewa Rumah Kayu Dalam Kebun Getah, Suami Pula Hilang Kerja.

5962
6
kanser

Penyewa Rumah Kayu Dalam Kebun Getah Rupanya Pesakit Kanser, Suami Pula Hilang Kerja | Allahu.. tabahnya kehidupan suami isteri yang mendiami rumah kayu dalam kebun getah yang bersih ini. Rupanya penghuni yang menyewa ini sedang diuji tuhan. Penghuninya, Chintaa Akmalnyza (Norliza Binti Husain) disahkan kanser Fibromotosis iaitu satu ketumbuhan yang merosakkan kaki.

Lebih sayu lagi, suaminya yang sebelum ini tak pernah jemu menjaganya dalam sakit dan sukar, telah ditamatkan kontrak kerjanya. Membuatkan mereka sekeluarga kehilangan punca pendapatan tetap.

Sebak membaca luahan hatinya di facebook miliknya ini:

kanser

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Bukan mudah untuk hadapi semua kesakitan yang dilalui. Melihat tanpa merasai…ibarat berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang mengalasi.

Hidup ini diuji berkali-kali, sehingga ada jua rasa keluhan di hati. Namun tetap pujukkan hati, sabar dan redha lah kerana setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

Tiada dipinta untuk jadi begini. KetentuanNYA telah tertulis.

Kanser Fibromotosis satu ketumbuhan yang merosakkan kaki ini, mengakibatkan tulang kering dipotong dengan berkali-kali. Dibuang namun diserang kembali hingga menyebabkan kaki hampir dipotong.

Dari Sg Petani ditranferkan ke HUSM, Kubang Kerian Kelantan. Satu faktor yang pasti dibelenggu kos. Dah lama berulang alik dari Kedah. Bukan mudah. Ke tahap yang sukar untuk diceritakan di sini.

kanser

Suami Cuti Tanpa Gaji Untuk Jaga Isteri Sakit Kanser

Banyak pengorbanan di sini untuk diungkapkan. Sakit yang terlantar, bagaimana untuk dijaga. Pasti kesabaran itu tinggi.

Itulah suamiku…terpaksa cuti tanpa gaji untuk menjagaku. Lamanya diri ini mengesot. Semangat untuk jalan itu kuat. Walaupun kaki dibedah kedua-dua. Bila tulang yang dipotong, kaki kiri diganti tulang kecil kaki kanan. Penyembuhan yang lama.. tapi semangat kecekalan itu buat diri ini mampu harungi semua ini.

Namun diuji lagi.. diserang kanser lagi.. dibuang dan menjalani radioterapi 28 kali. Tak lama kemudian terkena pula jangkitan kuman 2 kali. Allah sakitnya hanya Allah yang mengetahui.

Ujian itu hebat.. sabar itu indah.

Untuk tampung perubatan ulang alik diri ini, macam-macam kerja dibuat. Hingga saat ini, masih bantu suami menjual burger depan rumah.

Bukan semudahnya melalui, menahan kesakitan. Hanya yang merasai akan tahu bagaimana peritnya.

Alhmdulillah tuan rumah yang kami sewa, benarkan kami mencari rezeki di sini.

Buat masa sekarang masih dalam rawatan yang berterusan di dalam pemantuan doktor dan memerlukan susu dan perubatan ulang alik ke HUSM. Bukan semudahnya, melibatkan kos yang tinggi.

Suami Pula Ditamatkan Kontrak, Hilang Pendapatan Tetap

Diibarat jatuh ditimpa tangga, suami ditamatkan kontrak. Hilang pendapatan tetap kami. Malah sekarang pun tak sihat sangat untuk meniaga sepenuhnya burger. Apatah lagi handle sepenuhnya seperti sebelum ini. Jadi buat masa la, suami bantu dulu. Perniagaan yang sedia ada ini sementara untuk dapat pekerjaan kembali.

Perancangan sebenar, dari dulu lagi buat kerja pelbagai untuk diri ini bantu suami. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

kanserBuat masa la.. pendapatan hanya dari hasil jualan burger. Walaupun gerai hanya di depan rumah dan masuk ke dalam tapi InshaAllah.. percaya pada rezeki Allah.

Saya mohon jasa baik sahabat dan semua kiranya dapat membantu support perniagaan burger saya… andai ada yang berdekatan, boleh datang merasai burger jualan saya.

Tapi kiranya ada sahabat dan insan yang prhatin ingin membantu meringankan bebanan ini.. saya bersyukur sangat.. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua.. Aamin.

Pembaca yang mahu membantu Puan Norliza boleh salurkan sumbangan anda ke :

Akaun Maybank
102055018475
Norliza bt Husain

Tel : 0175202434
Alamat : Kampung Sungai Rotan Jalan Jenun,Pendang Kedah (Berdekatan Guar Chempedak & Gurun)

Semoga Allah merahmati semua dan murahkan rezeki semua seperti arus sungai yang mengalir. Aamin.

Mendoakan semoga urusan suami isteri ini dipermudahkannya. Dan jika ada sedikit rezeki sudilah kiranya berkongsi dengan keluarga yang sedang diuji dengan sakit kanser ini.

Sumber/Foto : Chintaa Akmalnyza

Pesakit Kanser Menyewa Rumah Kayu Dalam Kebun Getah, Suami Pula Hilang Kerja. 1

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here