Home All Isu Semasa Pertahan Karakter Fizi Dalam Upin Ipin, Ini Penjelasan PU Azman “Hadis tak...

Pertahan Karakter Fizi Dalam Upin Ipin, Ini Penjelasan PU Azman “Hadis tak sohih”

379
0
Pertahan Karakter Fizi Dalam Upin Ipin, Ini Penjelasan PU Azman “Hadis tak sohih”

Pertahan Karakter Fizi Dalam Upin Ipin, Ini Penjelasan PU Azman “Hadis tak sohih” | Beberapa hari yang lepas kecoh di media sosial Indonesia dan Malaysia apabila satu watak dalam rancangan animasi popular kanak-kanak, Upin Upin iaitu Fizi menjadi perhatian kerana satu babak di dalam episod berjudul Syahdunya Syawal.

Karakter Fizi yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim telah menjadi pertikaian terutamanya netizen Indonesia sehingga mereka meminta agar produksi Les’ Copaque membuat permohonan maaf.

Rentetan daripada isu terbabit, pendakwah bebas PU Azman telah mengambil peluang untuk mendidik rakyat Malaysia terutamanya yang beragama islam.

upin ipin

Menurut PU Azman, kanak-kanak yang belum baligh tidak mempunyai beban dosa dan hanya bercakap apa yang mereka faham.

“Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham. Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak.

“Kita lihat watak Fizi dalam Upin Ipin ini dari sudut positif. Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri. Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.

“Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak. Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.”

View this post on Instagram

Hadis yang popular di kalangan kita iaitu. . الجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ. . Maksud :"Syurga di bawah tapak kaki ibu". Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga. Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu'afa'. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah. Tapi ada satu hadis yang kualitinya baik berbanding di atas. Seorang lelaki datang bertanya Nabi. يا رسولَ اللهِ، أَرَدتُ أنْ أغزُوَ، وقد جِئتُكَ أستَشيرُكَ، فقال: هل لكَ من أُمٍّ؟، قال: نَعَمْ، قال: فالْزَمْها، فإنَّ الجَنَّةَ عندَ رِجْلِها. Maksud :"Wahai Rasulullah, Aku ingin ikut perang dan aku datang minta pendapatmu. Maka Rasulullah tanya, “Adakah kau ada ibu?” Dia menjawab, “Ya". Rasulullah sabda, “Tetaplah bersamanya! Sebab sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya.” . Sheikh Syu'aib Al Arnauth (lahir 1928 Masihi) menyatakan sanad hadis ini hasan dalam Takhrij Mushkilul Athar karya asalnya Imam Thohawiy (wafat 321 Hijrah). . Dalam hadis sohih yang lain Riwayat Bukhari ada satu hadis yang bermaksud :"Datang seorang lelaki kepada Nabi untuk minta izin berjihad, maka Nabi tanya dia: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Dia jawab: “Ya” lalu Nabi jawab: “Maka berjihadlah pada keduanya". . Ini adalah hadis yang membawa makna bahawa mak abah adalah jambatan syurga anak-anak. . Jadi, lafaz hadis yang Mail cakap itu adalah palsu atau sangat lemah. Guna saja hadis lain yang sohih. . Bakar rumah Mail. . @ameershah48 tukang edit.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Malah, PU Azman juga mengatakan bahawa hadis yang dinyatakan di dalam babak Upin Ipin tersebut adalah hadis tak sahih.

“Hadis yang popular di kalangan kita iaitu. ‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’. Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah.

“Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga.”

PU Azman juga mengingatkan kepada mereka yang tiada emak supaya jangan bersedih.

View this post on Instagram

Dalil di bawah. . إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ. . Maksud :"Bila mati anak Adam, putuslah amalnya kecuali 3 hal, 1. sedekaj jariyah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakannya". (Muslim). . Bukankah sifat soleh itu kunci syurga ? . Dalam dunia ni, berapa ramai yang masih ada mak tapi biadab, kurang ajar, lebihkan orang kekasih daripada mak, hantar mak ke rumah orang tua dan segala macam perderhakaan. Anak seperti ini hanya mengundang laknat Allah. . Sekurang-kurangnya, orang yang takder mak, dia tiada dosa dengan maknyer. . Tapi, cara kau taknak ada dosa dengan mak kau tu, jangan kau bunuh mak pulak. . Matilanak.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

“Wahai anak yang tiada mak, jangan sedih yer. Walaupun mak kita dah meninggal dunia, jalan ke syurga tetap ada.

“Iaitu doa anak yang soleh. Apa guna kalau mak ada tapi jadi anak derhaka.”

Rata-rata netizen terhibur dengan penerangan PU Azman dan dalam masa yang sana dapat ilmu baru mengenai hadis tersebut.

BACA: 5 Jenis Amalan yang Ringan untuk Membuka Pintu Syurga. Rugi Tak Ambil Tahu

Pertahan Karakter Fizi Dalam Upin Ipin, Ini Penjelasan PU Azman “Hadis tak sohih” 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here