Home All Tarikh Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Yang Perlu Korang...

Tarikh Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Yang Perlu Korang Ingat

11402
0
Tarikh Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Yang Perlu Korang Ingat

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bakal memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada hujung Oktober ini.

BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini. Sekiranya telah menerima bayaran terakhir BON 2020 sebelum ini, korang taidak perlu membuat permohonan bagi BPN 2.0 ini.

BACA JUGA :: Suami Isteri Kena Beringat Duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bukan Duit Joli Tapi Duit Untuk Survival

Penerima BPN sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BP iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Bagi permohonan baru pula, ia bermula pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Kemaskini perlu dibuat untuk yang sudah bertukar status seperti bujang / berkahwin / bercerai.

Pembayaran BPN 2.0 kali ini akan dibuat dalam dua fasa berikut; iaitu fasa pertama pada penghujung Oktober 2020 dan fasa kedua pada Januari 2021.

Jumlah bayaran bantuan prihatin nasional yang akan diterima adalah seperti dalam gambar dibawah:

bantuan prihatin nasional

BACA JUGA :: 7 Salah Faham Pemilik PKS Berkaitan Cukai Menyebabkan Permohonan BPN & Geran Khas Prihatin (GKP) Gagal

Bagi korang yang pernah menerima bantuan prihatin nasional BPN 1.0 sebelum ini, korang tidak perlu membuat sebarang permohonan baru untuk BPN 2.0 kerana pembayaran akan terus dibuat ke akaun yang telah didaftarkan.

Tapi, kalau nak juga semak sama ada korang dapat atau tidak bantuan prihatin nasional, boleh buat semakan pada 15 Oktober nanti ya.

Sumber: hasil.gov.my

Tarikh Semakan Permohonan & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Yang Perlu Korang Ingat 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here