Home All Isu Semasa Permohonan Maaf Adik Bos Jakel Masih Gagal Reda Kemarahan Orang Ramai

Permohonan Maaf Adik Bos Jakel Masih Gagal Reda Kemarahan Orang Ramai

8656
1
Permohonan Maaf Adik Bos Jakel Masih Gagal Reda Kemarahan Orang Ramai

Permohonan Maaf Adik Bos Jakel Masih Gagal Reda Kemarahan Orang Ramai  | SELEPAS abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kenyataannya di Instagram Stories baru-baru ini.

Permohanan itu dibuat selepas dia dikecam netizen gara-gara memperlekeh orang Melayu apabila ramai mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu pada Isnin.

“Salam semua maafkan saya, saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam posting IGS (IG Story).

ARTIKEL BERKAITAN: JAKIM Nafi Keluarkan Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang saya tidak sepatutnya gunakan, ” katanya dalam posting IG story terbaharunya.

JakelPosting permohonan maaf Muzaffar Jakel tersebar di media sosial.

Pada masa sama, Muzaffar berkata kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan dibuat mewakili syarikat Jakel.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili kenyataan syarikat Jakel, ” katanya.

Susulan itu, Muzaffar sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya pada bulan yang mulia ini.

“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan-pelanggan Jakel dan netizen. Maaf zahir batin, ” katanya.

Kenyataan itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang masih kurang senang dengan kata-katanya sebelum ini.

Abang kepada Muzaffar turut meminta maaf kepada orang ramai menerusi satu video Ahad malam.

“Dah kena boikot baru nak sedar. Pepatah Melayu… terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata padan muka. Maaf boleh, lupa tiada, ” kata Mael.

“Maaf kami dalam boikot. Meskipun kami memaafkan boikot tetap berjalan. Boikot, ” kata Zidane.

Pada Ahad malam, abang kepada Muzaffar, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Jakel membuat permohonan maaf menerusi satu posting video yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi syarikat itu.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya, ” ujarnya.

Baca Selanjutnya

Permohonan Maaf Adik Bos Jakel Masih Gagal Reda Kemarahan Orang Ramai 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here