Home All Isu Semasa Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis

Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis

1381
2
Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis

Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis | Walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan ketika ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberitahu akan membincangkan kebenaran untuk solat hari Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika PKP.

Perbincangan ini akan melibatkan kesemua kementerian untuk menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci demi keselamatan umum.

Perlis benarkan dirikan solat jumaat BERSYARAT


Terbaru, Facebook rasmi Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dan juga Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), berkongsi titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkaitan kebenaran bersyarat solat pada hari jumaat di negeri Perlis.

BACA: Kenapa Penghulu Segala Hari Dinamakan Jumaat?

Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis 1“Kebenaran bersyarat bermula 15 Mei…”

solat jumaat

“Bermula azan hingga selesai solat jumaat adalah 15 minit sahaja…”

solat jumaat

Secara ringkasnya, solat jumaat di Perlis ini hanya membabitkan individu-individu dari kalangan pegawai-pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid sahaja.

Walaupun masih belum lagi dibuka kepada orang awam dan juga rakyat Perlis, ramai yang menzahirkan kegembiraan kerana sekurang-kurangnya masjid ‘dihidupkan’ semula.

Sumber: Facebook.

Baca Selanjutnya
Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here