Perlekeh Kualiti Gloves Buatan Malaysia, Netizen Sekolahkan Warga British Yang Berlagak | Malaysia merupakan negara pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia selepas Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
Terdapat 65 peratus sarung tangan getah yang digunakan oleh petugas perubatan di Amerika Syarikat serta sebahagian negara lain adalah dihasilkan dari Malaysia.
Terbaharu, Dominic Raab, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri United Kingdom berkongsi satu ciapan di mana dia memuji usaha Malaysia dalam mengeluarkan gloves bagi barisan hadapan di UK. “200 tan sarung tangan untuk NHS tiba di United Kingdom dari Kuala Lumpur, menuju ke pekerja kesihatan barisan hadapan kami. 200 tonnes of gloves for the NHS arrived in 🇬🇧 from Kuala Lumpur, heading for our frontline healthcare workers. A huge thank you to our friends in the 🇲🇾 Government for facilitating this. — Dominic Raab (@DominicRaab) May 7, 2020 “Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kita di Malaysia kerana telah menyediakan kemudahan ini,” katanya. Namun berita itu tidak menerima reaksi yang baik dari rakyat UK apabila ada segelintir yang mempersoalkan tindakan membeli gloves dari negara luar. Salah seorang pengguna Twitter dengan nama Greg telah bertanyakan soalan yang mendatangkan reaksi kurang senang dari rakyat Malaysia. “Adakah ia akan memenuhi standard kualiti UK? Bolehkah anda menunjukkan di mana Malaysia di dalam peta?” Katanya dengan sinis. Will they meet UK quality standards? Can you point to Malaysia on a map? — Greg (@UKRegulator) May 7, 2020 Tidak berpuas hati dengan ciapan tersebut. Rakyat Malaysia telah tampil mengajar sikap ego rakyat UK yang memandang negara Malaysia seperti tidak wujud. BACA: Ini Sebab Sarung Tangan Tidak Digalakkan Dipakai Semasa Membeli Belah Netizen dari Malaysia juga hadir dengan beberapa hujah bahawa sistem kesihatan di Malaysia berada di tahap jauh lebih baik dari UK. Manakala ada segelintir dari netizen telah meminta Greg untuk mempelajari sejarah bagi memahami isu yang dia cuba bangkitkan. Dear Sir, looking at how the UK & the US is handling the #COVID19 pandemic, I'm sure you have a lot of work to do to improve the quality standards in UK. You can have Malaysian Quality standards as a guide to be begin with.. — Shashi (@blackened84) May 8, 2020 You mean the standards that led the UK to surpass Italy with > 207,000 total infections, >30,000 deaths and a daily death toll that is still anything between 400-700 despite your various mitigating measures? I don’t know mate. That’s a tough one! — Rinalerr (@crazycatmakcik) May 8, 2020 Manakala seorang pengguna Facebook, Fifa Rahman telah mengkritik tindakan Greg yang memandang rendah keupayaan Malaysia. Beliau turut menyenaraikan kelebihan Malaysia yang jauh dari UK dari segi sistem kesihatan dan cara Malaysia mengatasi wabak COVID-19. You know what to do, Malaysians. Go after this ignorant son of a bitch. Here are some talking points: – Malaysia… Posted by Fifa Rahman on Friday, May 8, 2020 Untuk rekod, United Kingdom telah mempunyai lebih 200,000 pesakit yang dilaporkan positif COVID-19 dan telah mencatatkan lebih 30,000 kematian. Manakala Malaysia pula telah mencatatkan 6,000 pesakit COVID-19 dan telah berjaya menyembuhkan lebih 4,000. BACA: Amerika Syarikat Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia, Akibat Kekurangan Bekalan.
Amerika Syarikat terdahulu telah menarik balik pengharaman gloves dari Malaysia.

[…] BACA: Perlekeh Kualiti Gloves Buatan Malaysia, Netizen Sekolahkan Warga British Yang Berlagak […]