Perkongsian Untuk Ibu Berkerjaya Yang Dalam Dilema Berhenti Kerja

Tanyalah mana-mana wanita berkerjaya yang sudah berumahtangga, salah satu cita-cita terpendam mereka adalah untuk berhenti kerja, jaga anak, suami serta keluarga sepenuh masa.

Namun menjadi dilemanya adalah tuntutan kewangan yang memerlukan isteri terus bekerja membantu ekonomi keluarga. Hakikatnya hati mereka sudah tiada minat bekerja sebaliknya mahu berada di rumah menguruskan insan tersayang yang banyak terabai selama ini kerana tumpuan pada kerja.

Buat anda yang dalam dilema ini, berikut perkongsian Lini Mohd, yang mengambil keputusan meninggalkan kerjaya yang dilakukan selama 16 tahun untuk fokus pada keluarga.
isteri jadi surirumah, isteri bekerjaya berhenti kerja, isteri berhenti kerja, isteri jaga anak di rumah, isteri berjawatan tinggi, isteri gaji tinggi
Sudah tentu dia mempertimbangkan terlebih dulu tentang ekonomi keluarga tapi akhirnya dia menyerahkan segala-galanya pada Allah SWT untuk menentukan rezeki selepas itu. Apa yang lebih penting baginya adalah hikmah yang diperoleh selepas membuat keputusan itu.

Ikut perkongsiannya semoga ia bermanfaat.

Lately aku terima banyak pm dari kawan kawan baru yang Allah hantar untuk ceriakan hidup aku. Terima kasih untuk segala kata kata yang baik, kata kata yang menyokong semua posting posting aku.

Ada few ladies yang pm aku dan mohon pendapat tentang berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Maka ini jawapan aku.

Dalam hidup kau perlu percaya yang setiap dari kita dah Allah tentukan rezeki masing masing. Living cost yang tinggi tak payah cerita lagi. Maka saban bulan duit habis ke nursery anak anak.

Ada yang spent RM 700 yuran untuk 2 orang anak. Allah, mahalnya. Tapi mereka tiada pilihan lain. Maka para suami menyarankan agar mereka berhenti kerja dan jadi fully housewife.

Dan aku juga faham, sebagai wanita yang dah bertahun tahun kerja dan memegang duit sendiri sudah tentu rasa berat nak letak surat resign tu kan.

Tapi tahukah kamu, bahawa jika Allah kata sampai situ saja rezeki kau, tiada siapa mampu menghalang. Jadi ikutlah apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Banyak benda sebenarnya kau boleh buat bila kau fully housewife ni. Look at the bright sight. Anak anak membesar depan mata, boleh save duit dari hantar ke nursery, rumahtangga dpat diuruskan lebih baik. Ada banyak masa untuk check buku buku sekolah anak. Ada masa untuk pegi masjid berjemaah.

Kau boleh mulakan perniagaan dari rumah. Ada beribu product yang kau boleh pilih untuk jadi agent atau dropship. Nak jadi dropship? Pm aku.

Kau boleh jual aiskrim malaysia yang tengah trending. Nak resepi? Pm aku anytime. Aku sudi ajar. Boleh belajar buat kuih dan hantar ke kedai2 makan. Theres a lot of things actually. Asalkan jangan malu.

Aku makan gaji selama 16 tahun in the hospitality industries dan aku lepaskan jawatan dan gaji yang agak tinggi semata mata ingin dapatkan sedikit “kebebasan”.

Mungkin bisness aku tak besar. Tapi alhamdulillah. Aku ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk relax relax tanpa perlu apply cuti.

Bahagia itu bukan semata mata pada pangkat, jawatan dan gaji besar. Andai kata suami kau meredhakan kau berhenti kerja, insya-Allah rezeki lain akan menunggu.

Jadi, jangan takut dengan keputusan. Percaya pada rezeki Allah. Rumahtangga yang baik, anak anak membesar depan mata, masa yang berkualiti bersama keluarga juga adalah nikmat dan rezeki.

InsyaAllah. Kau berjaya.

Sumber Facebook Lini Mohd

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *