Home All Isu Semasa Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah, Lelaki Ini Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan

Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah, Lelaki Ini Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan

949
0
Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah, Lelaki Ini Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan

Mohd Saifullah Halim yang berusia 22 tahun tawarkan perkhidmatan menyembur racun dan baja dengan menggunakan dron.

Untuk pengetahuan anda, pada mulanya beliau hanya menggunakan dron tersebut untuk kegunaan sendiri di sawah milik keluarga tetapi kini ia telah menjadi sebagai kerjaya.

Beliau berasal dari Kampung Paya Nedam, Pendang, Kedah yang juga merupakan bekas pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) menerima permintaan daripada pesawah di sekitar Pendang, Alor Setar dan Yan.

Berikutan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatannya itu terutama sekali musim menanam padi, beliau mampu menjana pendapatan RM5,000 sebulan. Difahamkan, beliau mula menawarkan perkhidmatan dron sejak awal tahun lalu kerana ia mampu meringankan beban pesawah dan mempercepatkan proses menyembur racun serta baja.

dron

Tambahnya, setiap hari beliau dan pembantunya mampu melakukan semburan di kawasan seluas sehingga 10 hektar sawah dengan upah antara RM12 hingga RM20 bagi setiap 0.29 hektar.

Kini, Saifullah juga telah mengambil dua pekerja untuk membantunya melakukan kerja dan membeli satu lagi dron.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Mohd Saifullah dan semoga hasil usahanya dapat membantu lebih ramai lagi pesawah. Ini pastinya boleh dijadikan sebagai inspirasi buat anak muda di luar sana untuk mencuba ceburi bidang yang berbeza sebagai kerjaya.

Bagaimanakah dron dapat membantu sektor pertanian?

Dron membantu petani sebelum musim penanaman bermula menganalisis keadaan ladang. Teknologi ini berupaya memetakan keadaan ladang dalam bentuk imej tiga dimensi (3D) dan menunjukkan kawasan bermasalah.

Hasil analisis dapat digunakan untuk menentukan pola maksimum penanaman benih. Kini, petani bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah meningkatkan hasil tanaman.

Melalui imej ini juga, pengiraan tanaman dan pengesanan kemunculan tanaman baharu dapat dilakukan. Tugas ini dikenali sebagai analitik tanaman dapat mengenal pasti berapa banyak benih bercambah. Maklumat ini sangat berguna untuk menentukan sama ada benih perlu disemai semula atau tidak.

Selain itu, kaedah penyemburan racun boleh dilakukan dron yang dapat mengurangkan risiko manusia dengan bahan kimia, racun perosak dan baja berbahaya. Dron juga dapat menentukan jumlah optimum bahan semburan diperlukan serta memastikan semburan dibuat secara rata pada tanaman.

Di Kedah, proses menyembur racun menggunakan dron dan teknik Ultra Low Volume (ULV), iaitu penyemburan halus secara kabus memudahkan penyerapan cairan ke dalam tanaman padi. Ketika proses semburan dilakukan, tekanan kipas dron akan menghasilkan aliran angin ke bawah dan membuka pokok padi supaya bahan kimia sampai ke pangkal tumbuhan.

Bukan sahaja dapat mengeluarkan hasil tanaman lebih baik, malah dapat menjimatkan masa petani. Ini juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda.

Dron juga dapat mengesan tanaman dijangkiti penyakit 10 hari lebih awal sebelum dapat dilihat dengan mata kasar menggunakan kamera inframerah. Kewujudan kamera ini pada dron membolehkan petani melihat kehadiran atau ketiadaan kulat dan bakteria dalam tumbuhan.

Dengan cara ini, petani boleh mengetahui sebarang jangkitan pada tanaman dengan lebih cepat dan segera menyelesaikannya, sebelum ia menjangkiti tanaman lain.

Kesimpulannya, teknologi dron memberi penyelesaian segera untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti tanaman. Kewujudannya membuktikan teknologi tidak perlu dikhuatiri untuk digunakan.

BACA: Jual Perabot Terpakai Secara Part Time, Mahasiswi Jana Pendapatan RM100k Sebulan

SUMBER

Tawar Perkhidmatan Guna Dron Bantu Pesawah, Lelaki Ini Raih Pendapatan RM5,000 Sebulan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here