Home All Isu Semasa JAWI Perkenal Perkhidmatan Dobi di Masjid Wilayah Persekutuan

JAWI Perkenal Perkhidmatan Dobi di Masjid Wilayah Persekutuan

429
0
JAWI Perkenal Perkhidmatan Dobi di Masjid Wilayah Persekutuan

JAWI Perkenal Perkhidmatan Dobi di Masjid Wilayah Persekutuan | Menjadi tempat kunjungan umum bagi urusan ibadah, fasiliti di masjid pastinya dijaga dengan baik oleh pengurusan rumah ibadah tersebut.

Sudah tentu, jabatan agama Islam kawasan tersebut memantau dan memberikan pelbagai kemudahan bagi memastikan orang ramai selesa mengunjungi masjid bagi tujuan mengimarahkan lagi rumah Allah itu.

Dobi di masjid

Oleh hal yang demikian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyediakan inisiatif perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan buat orang ramai.

Hal ini dinyatakan sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri di media sosial rasmi miliknya sebentar tadi.

Perkenal apps elak beratur panjang

Selain daripada dobi di masjid, orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Nak Dobi bagi memudahkan urusan tanpa perlu beratur panjang untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dr Zulkifli juga sempat mengucapkan tahniah kepada Pengarah JAWI dan seluruh warga kerja JAWI diatas usaha hebat ini.

Dobi Di Masjid

Solat sambil tunggu baju kering

Sehubungan dengan usaha tersebut, rata-rata warganet baik di Twitter ataupun di Facebook sumber telah menzahirkan rasa teruja dengan inisiatif terbaik ini.

Mereka juga memuji inisiatif yang dilakukan oleh pihak JAWI kerana pelan strategi mengimarahkan masjid pastinya dapat dijalankan dengan sempurna.

Boleh mengimarahkan masjid

Dobi Di Masjid

Inisiatif Dobi Di Masjid teramat bagus

Dobi Di Masjid

Sumber: Dr. Zulkifli Al Bakri

JAWI Perkenal Perkhidmatan Dobi di Masjid Wilayah Persekutuan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here