Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2020, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sebentar tadi.
Beliau menjelaskan pelanjutan tempoh berkenaan dibuat selepas perbincangan dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan perlu dilanjutkan tempoh PKP ini bagi menjamin keselamatan dan memutuskan rantaian COVID-19.
Covid-19
Di Mana Kita Sekarang.#DudukRumah #StayAtHome pic.twitter.com/nrtYPc3Ucp— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) April 9, 2020
Pelanjutan ini adalah sebagai persediaan untuk menangani COVID-19 secara lebih efektif dan petugas perubatan dapat lebih bersedia dan mengawal kes COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan dan Sesi Persekolahan Ditangguhkan
Sesi persekolahan juga turut akan ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar pulih. Home Base Learning akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama lagi supaya pelajar dapat belajar dari rumah.
Muhyiddin terus menasihatkan rakyat supaya bersedia secara mental dan fizikal untuk terus duduk diam-diam di rumah bagi tempoh 2 minggu lagi Perintah Kawalan Pergerakan. Sama-sama kita berusaha keras supaya kita dapat menangani COVID-19 ini dengan jayanya.

[…] Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020 […]
[…] Keropok Lekor Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Guna 4 Bahan Je Rupanya! | “Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena […]
[…] Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020 […]
[…] Tidak Menolak Pelanggan, Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara COVID-19. | Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. […]