Home All Isu Semasa Pergaulan & Aurat Dengan Ipar Wajib Dijaga, Jangan Bagi Alasan Bukan Orang...

Pergaulan & Aurat Dengan Ipar Wajib Dijaga, Jangan Bagi Alasan Bukan Orang Lain.

2800
0
ipar

Mungkin niat nak kongsi kegembiraan bersama-sama, tapi akhirnya tindakan si adik dan abang ipar dikritik ramai pula. Itulah situasi yang hangat dibincangkan di segenap laman sosial di majlis pernikahan seorang selebriti baru-baru ini.

Secara asasnya, jika seseorang itu diharamkan kita berkahwin dengannya, maka orang itu adalah mahram. Jika dia halal untuk kita berkahwin dengannya, maka orang itu bukan mahram. Maka walaupun seseorang itu sudah menjadi ahli baru dalam keluarganya, batas aurat antara ipar dan biras tetap perlu dijaga.

“Bukan orang lain pun”, tapi anda & ipar bukan mahram

Apa yang menyedihkan, persoalan berkaitan aurat kurang dititikberatkan gara-gara ramai yang keliru dan mengambil mudah tentangnya. Hakikatnya, setiap situasi hendaklah dicegah dengan hikmah demi mengelakkan diri daripada mendapat ‘dosa kering’ ketika bergaul dengan ahli keluarga. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas, ikuti perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir di laman Facebook miliknya.

ipar

ipar

Jangan ikut artis…dalam tak sedar kita menghalalkan yang haram

Bapa kepada 3 orang anak ini turut mengakui bahawa dahulu dia juga kurang memberi perhatian terhadap isu ini, namun adalah tidak susah pun untuk diamalkan. Oleh sebab itu, dia berkongsi beberapa cara atau tatatertib yang sopan bagi mengelakkan daripada berlakunya persentuhan antara ahli keluarga masing-masing. Dalam pada itu, dia juga menasihati orang ramai supaya jangan mudah terikut-ikut dengan setiap trend atau paparan ditonjolkan oleh figura hiburan. Sebaliknya rujuklah semula perkara yang dilarang dan disukai dalam agama Islam.

ipar

ipar

ipar

Sumber: FB Akhtar Syamir

Pergaulan & Aurat Dengan Ipar Wajib Dijaga, Jangan Bagi Alasan Bukan Orang Lain. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here