Home All Isu Semasa Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita...

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur!

8422
1
Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur!

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur! | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dilanjutkan sehingga 28 April 2020 di negara kita.

Ini adalah bagi memastikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia daripada terus dijangkiti wabak COVID-19 yang membawa maut. Ramai yang mengeluh dan memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhi arahan PKP ini.

Namun perkongsian kisah perbezaan antara PKP dan darurat yang dihadapi negara pada tahun 1948 ini diharap dapat mengubah persepsi anda.

Kita ikuti thread Twitter daripada @AshrafMhd, berkongsi tentang pengalaman ayahnya sewaktu menghadapi darurat dahulu.

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur!

‘Curfew’ masih lagi tetap dari pukul 7 malam sampai 7 pagi esoknya

Menurutnya, orang ramai masih lagi boleh keluar membeli barangan keperluan. Namun banyak barang dicatu dan tidak boleh dibeli lebih seperti kita sekarang sehingga ramai yang ‘panic buying’. Ini kerana pihak berkuasa tidak mahu makanan yang dibeli berlebihan adalah untuk pihak komunis. Jadi barangan yang dibeli hendaklah mengikut bilangan ahli keluarga sahaja.

Sama seperti sekarang, sewaktu keluar membeli akan ada sekatan jalan pihak polis. Polis akan meminta kad pengenalan dan akan merujuk senarai yang diberi oleh ketua kampung untuk mengetahui tentang bilangan ahli keluarga individu tersebut.

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur!

Rumah-rumah di pinggir kampung dan tepi hutan dipindahkan dalam satu kawasan, ayah aku kata tempat tu dipanggil ‘kawasan kurungan’

Sebarang majlis atau kenduri perlu mendapat kelulusan pihak polis terlebih dahulu. Di kawasan-kawasan yang disenarai hitam adalah lebih ketat kawalannya. Di kampung-kampung baru Cina, akan dipagar kelilingnya.

Makanan akan dimasak di satu tempat khas dan akan diedar kepada seluruh penduduk kampung oleh kerajaan. Ini bagi mengelakkan bahan mentah diberi kepada komunis.

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur!

Gula-gula susah nak jumpa dulu. Kalau ada pun tak mampu nak beli

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur!

Ayah jawab zaman COVID-19 ni lagi susah dari masa darurat

Ditanya mengenai perbandingan kesusahan zaman darurat komunis atau zaman COVID-19, ayahnya menyatakan zaman COVID-19 kini lebih sukar. Ketika berlakunya darurat pada zaman komunis, orang ramai sememangnya sudah terbiasa hidup dalam serba kekurangan.

Tambahnya lagi, sewaktu darurat musuh yang mereka lawan boleh dilihat dengan mata kasar, manakala COVID-19 pula ibarat “musuh halimunan”, ada dimana-mana sahaja tetapi tidak boleh nampak. Malah, pada waktu itu orang ramai masih dibenarkan untuk bersembahyang di masjid atau di surau sedangkan sekarang kita dilarang berjemaah di masjid.

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur! Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur! 1

Jadi, kita seharusnya bersyukur kerana walaupun kita terpaksa kuarantin di rumah hampir sebulan lamanya, kita masih boleh hidup dalam keadaan aman dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Sumber makanan juga tidak terhad dan lebih bertuah lagi apabila pihak kerajaan cukup prihatin, menyediakan pelbagai bantuan serta sokongan kewangan bagi kita menghadapi krisis ini.

Baca :Lihat Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia Apabila Banyak Negara Lockdown!

Semoga dengan perkongsian ini kita dapat muhasabah diri untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa dalam menangani wabak COVID-19 dari terus menular dan dihapuskan keseluruhannya.

Baca Selanjutnya

Perbezaan Darurat Tahun 1948 Dengan PKP COVID-19, Belajar Dari Sejarah Supaya Kita Lebih Bersyukur! 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here