Home All Isu Semasa Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual...

Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual Televisyen

2196
1
Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual Televisyen

Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual Televisyen  | Tidak dinafikan kerajaan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik sekali dalam menangani pandemik COVID-19.

Bukan hanya warga tempatan, malah sebelum ini kita semua sudah mendengar pelancong asing turut memuji kecekapan negara kita untuk memastikan rakyatnya selamat dan terhindar daripada virus bahaya ini.

Lebih membanggakan lagi, nama Malaysia kini turut disebut di negara matahari terbit, Jepun, oleh seorang selebriti disana, Gackt yang telah pun berada di Malaysia sejak tahun lalu.

Penyanyi Jepun Gackt Antara Warga Jepun Yang Berada Di Malaysia

Untuk makluman korang, Gackt merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan komposer dari Jepun.

Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual Televisyen

Menurut temubual mereka, Gackt menjelaskan bahawa dia sedang berada di Kuala Lumpur yang telah di lockdown. Visual juga menunjukkan bagaimana keadaan di sebuah pusat membeli-belah terkenal Kuala Lumpur begitu lengang tanpa pengunjung.

Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual Televisyen

Malah, menurutnya lagi, ada teman-temannya yang menelefon bertanyakan adakah keadaan di KL okay? Dan dia menjawab, “Jepun sebenarnya yang lebih BAHAYA”.

“Jepun ni ambil mudah. Negara lain nampak Jepun ni lambat bertindak. Buruk padahnya nanti!”

Korang boleh juga tonton video penuh temuramah Penyanyi Jepun Gackt di bawah:

Wah popular la Malaysia dekat Jepun nanti disebabkan pendapat positif Penyanyi Jepun Gackt ni . Hiks!

Rakyat luar pun puji inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dan kita sebagai rakyatnya perlu memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih dengan segala kemudahan yang diberikan. Janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai segala usaha yang telah dibuat oleh mereka.

Sama-samalah kita terus berdoa dan mengamalkan jarak sosial untuk menangani wabak daripada terus menular. Bulan Ramadan pun dah nak dekat, manfaatkan bulan suci ini dengan ibadah dan amalan yang baik.

Moga-moga semuanya bakal berakhir dan kita semua akan menjalani kehidupan seperti dahulu.

Terjemahan bahasa: Hazwan FTKMA UMP

Sumber: Mar Lia

Penyanyi Jepun Gackt Puji Sistem PKP Di Malaysia Dalam Sesi Temu Bual Televisyen 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here