Home All Isu Semasa Penurunan Kes Bukan Bererti Perjuangan Selesai, Pertambahan Kenderaan Buat KKM Risau!

Penurunan Kes Bukan Bererti Perjuangan Selesai, Pertambahan Kenderaan Buat KKM Risau!

1938
0

Penurunan Kes Bukan Bererti Perjuangan Selesai, Pertambahan Kenderaan Buat KKM Risau! | Masyarakat diharap tidak menyalahertikan jumlah penurunan kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari ini dengan mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun perkembangan penurunan kes terbaharu ini dilihat positif, namun perjuangan seluruh rakyat untuk memerangi virus maut itu masih belum selesai.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga khuatir sekiranya penurunan kes beberapa hari ini disalaherti serta membuat masyarakat alpa lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.

penurunan kes

Penurunan Kes Bukan Petanda Perjuangan Selesai!

“Perjuangan kita belum selesai,” katanya pada sidang media harian mengenai penularan Covid-19 hari ini.

Berikutan itu, Noor Hisham menasihatkan agar rakyat Malaysia terus mematuhi PKP dan berada di rumah masing-masing serta mengamalkan penjarakan sosial selain memastikan tahap kebersihan diri sentiasa optimum.

“Pendekatan ini penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan,” katanya lagi.

KKM rekodkan kes positif baru Covid-19 sebanyak 69 semalam manakala hari ini pula ialah 54 kes.

BACA: Dr Noor Hisham Dedah PKP Boleh Ditamatkan, Tapi Ini Petandanya Yang Rakyat Perlu Patuh Dan Faham!

Kenderaan bertambah di jalan raya risaukan kerajaan

Walaupun tindakan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga lebih ketat dan tegas, namun kehadiran lebih setengah juta kenderaan di atas jalan raya seperti direkodkan semalam, amat membimbangkan.

Sehingga jam 12 tengah malam semalam, sebanyak 585,250 kenderaan dikesan melalui sekatan jalan raya dan jumlah itu lebih banyak dari sebelumnya.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika petugas kesihatan bertungkus lumus merawat pesakir positif Covid-19, yang menyaksikan ada penurunan bagi kes jangkitan, tetapi jika sikap orang ramai masih berdegil, usaha itu akan menemui kegagalan.

“Sikap degil anda ini yang menyebabkan PKP tidak akan berakhir,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, polis akan menambah Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar arahan PKP bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan.

Kata beliau, semalam sahaja, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 816 SJR di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 585,250 kenderaan.

“Polis telah menangkap seramai 1,565 individu berbanding 1,057 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP. Ini merangkumi 1,381 individu yang direman dan 184 individu dijamin polis.

“Sebanyak 544 individu pula telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP, manakala jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 17 April semalam sebanyak 13,639 individu,” katanya.

Baca Selanjutnya

Penurunan Kes Bukan Bererti Perjuangan Selesai, Pertambahan Kenderaan Buat KKM Risau! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here