Home All Isu Semasa Penjarakan Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif!

Penjarakan Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif!

4104
0
Penjarakan Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif!

Penjarakan Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif! | Seperti yang kita tahu, di Malaysia boleh dikatakan semua kedai makan dan restoran boleh beroperasi seperti biasa.

Tapi, kerajaan juga ada mengenakan syarat iaitu mereka melakukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul. Hal ini bagi menghalang penyebaran virus pandemik Covid-19.

Beberapa negara juga telah melaksanakan perintah yang sama, sehubungan dengan itu mereka membuka kedai dengan cara yang unik untuk kelangsungan ekonomi di restoran mereka.

BACA: Taiwan Buat Aplikasi Penjarakan Sosial, Beri Amaran Bila Orang Terlalu Dekat

Berikut merupakan kaedah unik penjarakan sosial yang dilaksanakan di restoran beberapa negara:

1. Restoran Fish Tales Bar & Grill di Ocean City, Maryland

Penjarakan SosialRestoran tepi air ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya.

Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggan mengekalkan penjarakan sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan.

Meja itu juga mempunyai empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.

2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand

Penjarakan Sosial

Buat penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran Perintah Berkurung dilaksanakan.

Bukan sekadar meletakkan penghadang plastik untuk memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, malah restoran itu meletakkan syarat untuk mereka duduk secara bersilang bagi memaksimumkan penjarakan sosial.

Kaedah menggunakan penghadang plastik ini juga boleh dilihat dilaksanakan di negara China dan Taiwan.

3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam

Penjarakan Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif! 1

Merupakan sebuah restoran Belandar tepi air di Amsterdam yang menyediakan ruang seperti rumah kecil dikenali sebagai ‘rumah hijau kuarantin’ sebagai langkah penjarakan sosial.

Rumah kecil itu dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air.

Selain itu, para pelayan juga akan memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, dan pelitup muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja.

4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok Thailand

Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok ini bertindak kreatif apabila menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan.


Kedai ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan secawan kopi kepada pelanggan dalam jarak satu meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.

5. Restoran makanan segera, McDonald’s

McDonald’s juga difahamkan beroperasi dalam normal baharu, seperti di Taiwan dimana cawangan di situ memastikan pelanggan mereka merekod nama, nombor telefon dan angka suhu di premis berkenaan.

Mereka juga mewajibkan pekerja memakai pelitup muka dan perlu merekod suhu pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.

Di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan sebelum mengambil pesanan di kaunter.

Dekat Malaysia bila pula nak buat macam ni. Hiks!

Penjarakan Sosial, 5 Restoran Di Seluruh Dunia Ini Betul-Betul Ikut SOP. Kreatif! 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here