Home All Isu Semasa 80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500

80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500

3918
0
selangor

Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan seramai 80,000 penjaja dan peniaga di negeri itu akan menerima bantuan wang ringgit sebanyak RM500.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Amirudin Shari melalui Pakej Selangor Prihatin Covid-19 seperti dilaporkan portal Negeri ini.

Bukan sahaja menerima bantuan wang tunai, tetapi peniaga-peniaga ini juga menurutnya akan dikecualikan sewa selama sebulan bagi membantu mereka terutamanya dengan perintah kawalan larangan yang kini sedang berkuatkuasa.

selangor

Pakej Rancangan Selangor Prihatin

Pakej itu menurutnya bukan sahaja menumpukan kepada peniaga sahaja tetapi golongan lain seperti petugas hospital dan pelajar juga akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri.

Melalui pakej itu, semua petugas hospital di negeri ini dilaporkan akan menerima bantuan RM200 seorang bagi membantu mereka menghadapi pandemik COVID-19.

Manakala pelajar dari negeri ini juga yang kini sedang menuntut di Sabah dan Sarawak turut diberikan bantuan wang tunai RM200.

Selain itu, pelajar di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS yang tidak pulang ke kampung pula diberikan bantuan makanan percuma bermula 22 hingga 31 Mac.

80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here