Home All Dunia Islam Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah...

Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah.

7142
0
rhb

Inilah kisah pengasas bank terkemuka, RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain, mungkin ramai tidak tahu bahawa beliau sebenarnya sudah mendirikan tiga buah masjid yang bernilai jutaan ringgit.

Kalau di ikutkan di Malaysia ini sebenarnya ramai jutawan yang berhati pemurah, cuma kita sahaja yang kurang kenal kerana ada diantara mereka tidak suka menghebahkan kebaikkan yang dilakukan.

Pengasas RHB Orang kaya dunia akhirat…

Kisahnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, bernama Farhan Che Hassan, sedikit sebanyak mendedahkan siapakah sebenarnya Tan Sri Abdul Rashid.

Baru-baru ini, Masjid Sri Sendayan yang baru siap dibina telah dibuka semalam untuk kegunaan orang ramai, jika nak tahu masjid itu dibina hasil wakaf daripada Tan Sri Abdul Rasyid sendiri.

BACA JUGA: Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

rhb

Jika menyelusuri ke dalam masjid tersebut, dapat kita lihat keindahan seni bina Islam Turki. Tidak dinafikan, masjid itu dibina dengan begitu cantik sekali.

Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 1 Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 2 Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 3 Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 4 Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 5 Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 6

Kekayaan gunakan ke arah kebaikkan

Dua lagi masjid yang dibina beliau adalah Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban dengan kos RM22.6 juta.

BACA JUGA: Mari Saya Tunjukkan Boss Bagaimana Memborong Barang Bundle Gred A di Lubuk X

Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 7 Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 8

Berniat mahu dikebumikan di dalam masjid

Malah, ada yang mengatakan pengasas RHB ini, Tan Sri Abdul Rasyid ada membuat satu ruangan khas, dimana beliau ada berniat mahu dikembumikan di dalam masjid tersebut.

“Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hambaNya…”

rhb

Tak pernah heboh sedekah yang di buat

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan turut terinspirasi dengan sikap mulia yang ada pada diri pengasan bank RHB terkenal itu.

rhb rhb rhb

Sebagai rekod, Tan Sri Rashid antara yang berjaya di Malaysia kerana apabila dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan iaitu bank RHB.

Sikap yang seperti inilah yang harus kita contohi, tidak menunjuk-nunjuk sendiri akan kebaikan yang dilakukan, kerana dia tahu hanya Allah yang layak menilainya.

Sumber : Farhan Che Hassan

Ini Kisah Pengasas RHB Bank Dan 3 Masjidnya, Mahu Dikembumikan di Rumah Allah. 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here