Home All Isu Semasa Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru. “Maaf Dr, saya...

Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru. “Maaf Dr, saya bawah pokok ni”

1904
0
Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru. “Maaf Dr, saya bawah pokok ni”

Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru. “Maaf Dr, saya bawah pokok ni”  | Semua sudah sedia maklum bahawa pandemik Covid-19 ini menyebabkan pergerakan orang ramai jadi terbatas bagi mengelakkan penularan wabak berbahaya ini.

Dalam pada itu, kebanyakan aktiviti dilakukan secara online seperti pembelajaran dan bekerja dari rumah.

Sudah pasti ianya memerlukan internet yang mencukupi supaya tidak ada sebarang halangan yang berlaku.

BACA: Kenapa Awak Berhenti Kerja Dulu? Ini 5 Jawapan Paling Win Korang Boleh Guna

Untuk menggantikan sebuah pertemuan, video call merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengadakan satu pertemuan jarak jauh.

temu duga

Namun, setiap perkara mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing, begitu juga dengan internet.

Hal ini berhubung dengan satu perkongsian di Twitter di mana, seorang penemuduga mengadakan satu sesi temu duga untuk kemasukan pelajar dalam program perubatan.

Kalau temu duga online kadang-kadang akan ada gangguan yang mungkin boleh menjejaskan sesi  itu.

Namun, penemuduga ini bertolak ansur dengan calon temu duga itu yang mengatakan yang dia berada di bawah pokok memandangkan hanya di situ sahaja spot internet yang stabil.

“Susah juga nak abaikan kicauan burung-burung dan angin lalu”

Dia juga faham bukan semua orang berada di tempat yang sama namun itu tidak menjadi permasalahan baginya. Baginya, mereka tidak perlu meminta maaf dengan kekangan yang telah berlaku memandangkan semuai itu berlaku di luar kawalan masing-masing.

Salute juga dengan pelajar ni sebab still ada usaha juga cari line internet tu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru. “Maaf Dr, saya bawah pokok ni” 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here