Home All Isu Semasa Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP

Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP

1035
0
Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP

Sering kita dengar bahawa kes penderaan kebanyakannya berlaku sesama isteri dan suami atau anak didera oleh ibu bapa. Namun apa yang terjadi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebaliknya, iaitu peningkatan kes penderaan ke atas ibu bapa.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak PDRM (D11), keganasan rumah tangga melibatkan penderaan ibu bapa oleh anak mereka sendiri telah meningkat sebanyak 20% dalam tempoh PKP.

Penolong Pengarah D11, ACP Siti Kamsiah menyatakan bahawa sepanjang 3 bulan sebelum tempoh PKP, polis telah mencatatkan 125 kes penderaan ke atas ibu bapa, yang kemudiannya meningkat kepada 134 kes sepanjang tempoh PKP.

Penderaan

PENDERAAAN TERHADAP IBU BAPA

Selain itu, PDRM turut menyatakan bahawa ibu bapa telah menjadi mangsa dera oleh anak-anak mereka yang berumur di antara 30 hingga 38 tahun dan ia berlaku disebabkan kekangan dan tekanan kewangan yang terjadi sepanjang tempoh PKP.

Anak-anak ini bertindak sedemikian disebabkan marah dan kecewa terhadap ibu bapa mereka yang didorong oleh beberapa faktor seperti kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji atau kesan akibat terkurung di dalam rumah.

Selain itu, data yang dikeluarkan oleh pihak polis turut menunjukkan penurunan sebanyak 20% dalam kes penderaan rumah tangga melibatkan suami dan isteri. Sebanyak 261 kes yang dicatatkan sebelum PKP dan turun sebanyak 134 kes semasa PKP.

BACA JUGA: Nampak Kanak-Kanak 4 Tahun Jalan Seorang Diri, Apabila Ditanya ‘Mak Suruh Saya Blah’

Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here