Menunaikan ibadah sudah menjadi satu kewajiban dalam kehidupan seseorang muslim. Dapat menunaikan ibadah sunat pula sudah tentu menjadi nilai tambah yang baik menunjukkan rasa syukur kita kepada Maha Esa.
Satu laman Facebook Chicken Royale memuatnaik sekeping gambar kelihatan seorang penghantar makanan Food Panda sedang membaca Al-Quran.
“Semoga brader rider ni sentiasa dirahmati Allah…best kerja Freelance mudah nak beribadah…syabas anak muda”
Mungkin selepas penat bekerja, pekerja penghantar makanan itu mengambil sedikit masa untuk berehat dan mengaji sebagai penenang diri.
Rata-rata warganet memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada penghantar makanan Food Panda ini:
Sumber: Chicken Royale
