Pemuda Peluk Cium Bapak Sepuas Hati, Takut Tak Dapat Bertemu Lagi. | Masa kecik-kecik dulu, si anak mesti menangis dan meronta-ronta nak ikut setiap kali ternampak bapa mahu keluar rumah walaupun pergi bekerja.
Namun apabila sudah mula memahami sewaktu menganjak dewasa, perasaan takut kehilangan itu sentiasa ‘dihantui’ malah berat hati melepaskan bapa pergi mencari rezeki.
Itu boleh digambarkan dengan seorang pemuda ini setelah bertindak untuk memeluk dan mencium pipi bapanya yang keluar bertugas sebagai anggota bomba.
Bapak hero saya!
Gambaran kasih sayang itu dapat dilihat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik Sarawak Edition sehingga menerima lebih 4,000 tanda suka dan 162 perkongsian.
Menurut pemuda berkenaan, bapanya mungkin diarah bertugas dalam kejadian kebakaran atau kehilangan dan disebabkan perkara itu, dia ingin memeluk bapanya sepuas hati.
“Mereka mungkin hilang harta benda tapi saya mungkin akan hilang orang yang saya sayang. Bagi saya peluk bapak puas2 sebelum bapak bertugas,” katanya.
Menerusi posting tersebut juga, difahamkan bapanya yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Sarawak itu akan berpencen tidak lama lagi.
Sumber : Sarawak Edition

[…] anggota Bomba sememangnya sangat mencabar fizikal dan mental. Umum mengetahui bahawa anggota bomba akan sentiasa […]
[…] zaman bersekolah dahulu, ramai antara kita pasti menyangka bahawa skop kerja anggota bomba cuma memadam kebakaran sahaja. Akan tetapi, tugas yang dipikul oleh unit beruniform serba merah ini […]