Home All Isu Semasa Pemuda Cerebral Palsy Buat Live Di Facebook, Gigih Cari Rezeki Jual Kasut...

Pemuda Cerebral Palsy Buat Live Di Facebook, Gigih Cari Rezeki Jual Kasut “Online”

819
2
Pemuda Cerebral Palsy Buat Live Di Facebook, Gigih Cari Rezeki Jual Kasut “Online”

Pemuda Cerebral Palsy Buat Live Di Facebook, Gigih Cari Rezeki Jual Kasut “Online” | Keadaan fizikal tidak menghalang Dale, seorang pemuda yang menghidap cerebral palsy untuk terus bekerja mencari rezeki.

Memanfaatkan media sosial miliknya, pemilik kedai online Scarpe Neozio My itu membuat live di Facebook untuk menjual kasut serta pakaian di platform tersebut.

What’s up? Apa khabar semua? Nama saya Dale. Minta maaf jika pertuturan saya kurang jelas. Saya mempunyai penyakit cerebral palsy.

Cerebral Palsy

“Saksikan dan sokong saya menjual kasut dan barangan lain di Facebook live,” kata Dale dalam satu video pengenalan diri di laman perniagaan miliknya.

Tambahnya, individu yang tidak memahami percakapannya boleh terus menghubunginya menerusi chat untuk sebarang pertanyaan.

“Saya mohon maaf yang saya mempunyai masalah pertuturan, seandainya rakan-rakan sekalian tidak dapat memahami saya sila teks dengan saya dalam chat,” tulisnya pada kapsyen sebuah video live di laman itu.

Pemuda berusia 26 tahun ini menjalankan perniagaan kasut wanita dan lelaki pada harga serendah RM20 hingga RM40 sepasang.

Setiap Isnin hingga Khamis, anak bongsu daripada tiga beradik ini akan meluangkan masa selama dua hingga lima jam menerusi Facebook secara langsung bagi melayan pelanggannya.

Menariknya, meskipun Dale menghidapi masalah pertuturan, namun rata-rata pelanggannya faham dan tahu bagaimanana untuk berkomunikasi dengannya.

Malahan Dale mengakui seronok melakukan pekerjaan itu kerana gemar berinteraksi dan dapat bertemu rakan-rakan baharu.

“Seronok berniaga online, Dale ada ramai kawan baharu.

“Ada seorang kakak ni sangat baik. Kalau Dale kena ejek dia selalu tolong Dale.

“Kadang-kadang masa live ada yang komen suruh Dale berhenti, mereka kata buat malu je,” katanya.

Menurut bapa Dale, anaknya itu tidak terlepas daripada hampir menjadi mangsa penipuan di media sosial.

“Setakat ini tiga kali mereka cuba tipu Dale.

“Mereka mendakwa ada memindahkan sejumlah wang dan meminta Dale untuk memulangkan kembali wang berkenaan.

“Apabila saya periksa transaksi bank, tiada sebarang pindahan dibuat mana-mana individu berkenaan,” katanya akan terus memantau bisnes anak istimewanya itu.

Cerebral palsy (CP) atau palsi serebrum merupakan keadaan di mana otot dan saraf pesakit terjejas. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap CP ini mempunyai jangka hidup yang normal.

BACA: Kerusi Roda Usang Sudah Diganti Baru, Lelaki OKU Tolak Bantuan Berlebihan Terharu

Sebahagian daripada mereka masih boleh menjalani hidup seperti biasa dan kecerdasan yang normal biarpun mempunyai kecacatan yang agak teruk.

Antara tanda dan gejala Cerebral Palsy CP ialah pergerakan tidak normal pada lengan dan kaki serta otot yang lemah pada awal usia. Kanak-kanak yang menghidap palsi serebrum juga mempunyai perkembangan yang perlahan dari segi berjalan dan bercakap, kejang otot, postur tidak normal, badan kaku, penyelarasan lemah dan mata silang.

Sumber: Scarpe Neogzio MyHello Doktor

Baca Selanjutnya

Pemuda Cerebral Palsy Buat Live Di Facebook, Gigih Cari Rezeki Jual Kasut “Online” 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here