Home All Isu Semasa Ucap Salam Ramadan, Peminat Teruja Lihat Spongebob Dan Patrick Berbaju Melayu

Ucap Salam Ramadan, Peminat Teruja Lihat Spongebob Dan Patrick Berbaju Melayu

937
1
Ucap Salam Ramadan, Peminat Teruja Lihat Spongebob Dan Patrick Berbaju Melayu

Bagi peminat Spongebob Squarepant watak span basuh pinggan dan rakan baiknya tapak sulaiman memang tidak pernah mengecewakan. Hubungan persahabatan mereka yang akrab dan hobi yang sama menangkap obor-obor membuat peminat mereka tidak jemu dengan kartun ini meskipun sudah menontonnya berulang kali.

Peminat kartun ikonik ini bukan sahaja dari golongan kanak-kanak tetapi juga turut ditonton oleh orang dewasa!

Memang agak jarang untuk melihat watak kartun kegemaran ramai, Spongebob Squarepants berpakaian selain daripada uniform kerja Krusty Krab. Begitu juga Patrick yang lebih selesa untuk berseluar pendek tanpa baju.

spongebob

Namun, semalam Spongebob dan Patrick tampil berbeza apabila berpakaian baju Melayu lengkap bersampin untuk ucap salam Ramadan kepada semua peminat siri berkenaan yang beragama Islam.

Ramadan Mubarak from your favorite invertebrates!

Posted by SpongeBob SquarePants on Thursday, April 23, 2020

Perkongsian berkenaan yang sebenarnya simple sahaja telah meletup di Facebook dan Twitter terutamanya untuk penduduk di Malaysia dan Asia Tenggara. Ada yang terharu dengan effort Nickelodeon untuk menyampaikan ucapan dengan menghasilkan persalinan yang tepat buat kartun ikonik duo ini.

BACA: Tiada Solat Tarawih Di Masjid Tahun Ini, Ini Panduan Buat Tarawih Di Rumah

Jarang untuk melihat sesuatu produksi luar menekankan aspek kebudayaan yang teliti terutamanya untuk negara Malaysia. Apabila watak kartun ikonik ini yang mengenakannya, pasti menimbulkan keterujaan buat peminat di Malaysia khususnya.

Apa pun, walaupun ucapannya ringkas tetapi sampai ke hati peminat kartun ikonik ini di seluruh dunia. Kami jangka baju Melayu warna maroon dan hijau ini akan jadi warna favourite untuk digayakan Hari Raya nanti. Selamat berpuasa semua!

Baca Selanjutnya

Ucap Salam Ramadan, Peminat Teruja Lihat Spongebob Dan Patrick Berbaju Melayu 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here