Home All Isu Semasa Pemilik Lamborghini Berikan Myvi Sebagai Ganti Selepas Terlanggar Viva Hingga Remuk.

Pemilik Lamborghini Berikan Myvi Sebagai Ganti Selepas Terlanggar Viva Hingga Remuk.

6773
0
Pemilik Lamborghini Berikan Myvi Sebagai Ganti Selepas Terlanggar Viva Hingga Remuk.

Pemilik Lamborghini Berikan Myvi Sebagai Ganti Selepas Terlanggar Viva Hingga Remuk. | Umum tahu kini Malaysia berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam erti kata lain, orang ramai dinasihatkan untuk stay at home sekaligus membuatkan bilangan kenderaan di atas jalan raya menjadi rendah.

Di sebalik jumlah bilangan kereta yang rendah, siapa sangka kemalangan masih mampu berlaku dimana pada kali ini menyaksikan sebuah Lamborghini Huracan telah melanggar sebuah Perodua Viva. Pelanggaran yang berlaku nyata memberi kesan yang serius buat Perodua Viva namun tidak bagi Lamborghini Huracan ini.

Pemandu viva merupakan ibu tunggal dengan 3 orang anak bersyukur ketika kejadian anak-anaknya tidak berada di dalam kereta tersebut. Jika tidak mungkin sesuatu yang lebih buruk boleh berlaku. Beliau menjalankan perniagaan penghantaran makanan ke rumah menggunakan kenderaan tersebut.

Walau bagaimana dari video jelas menunjukkan pemandu viva juga memasuki simpang tanpa memberikan signal. Bagi pemandu yang biasa lalu di kawasan ini, laluan ini merupakan laluan blind spot menurun bukit jadi kemalangan sebegini memang boleh berlaku.

Netizen Puji Tindakan Pemandu Lamborghini

Walau bagaimanapun, di sebalik insiden yang berlaku, orang ramai nyata lebih berminat dengan tindakan yang dilakukan oleh pemilik kereta mewah ini.

Berbekalkan sifat tanggungjawab yang tinggi serta mengetahui kesukaran untuk membaiki kereta pada waktu PKP sedang berlangsung, pemilik Lamborghini ini telah menggantikan pemilik Perodua Viva yang merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga anak dengan sebuah Perodua Myvi.

Pemilik Lamborghini Berikan Myvi Sebagai Ganti Selepas Terlanggar Viva Hingga Remuk.

Tindakan yang dibuat berjaya membuatkan para netizen teruja mengetahui situasi seperti ini jarang-jarang berlaku. Anda boleh tonton video di bawah untuk menonton insiden yang berlaku melibatkan Lamborghini Huracan dan Perodua Viva.

Baca Selanjutnya

Pemilik Lamborghini Berikan Myvi Sebagai Ganti Selepas Terlanggar Viva Hingga Remuk. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here