Home All Isu Semasa Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras!

Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras!

2855
0
Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras!

Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras! | Siapa yang tidak bengang apabila kerap menerima saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas sedangkan diri sendiri tidak pernah memandu ke kawasan tersebut.

Hal ini telah berlaku terhadap seorang pemilik kereta Mazda yang tidak tahan disaman sedangkan dia berada di Johor dan kesalahan tersebut banyak dilakukan di ibu kota.

Kereta Kembar Seiras

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dia telah turun sendiri ke Bangi, Selangor untuk menjejaki pengguna kereta yang menggunakan nombor pendaftaran kereta miliknya.

Menerusi Facebook Shidie Art Pelukis Rakyat, dia telah berkongsi gambar-gambar kereta Madza merah yang betul-betul sama dengan kereta tulen di sebelah kanan.

Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras! 1 Kereta Kembar

Bukan kereta klon…

Walau bagaimanapun, menerusi Twitter wartawan akhbar, Mohd Redzuan Abdul Manap memetik daripada penulisan Berita Harian, pihak polis telah menafikan bahawa kereta tersebut adalah kereta klon.

Akan tetapi, kereta yang di kawasan parkir di Bangi itu berkemungkinan kereta curi yang dipercayai dicuri dari Pahang dan dibawa ke Kajang.

Kereta Kembar Guna nombor pendaftaran palsu

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kereta tersebut dipercayai dicuri di Baserah, Kuantan sebelum di bawa ke Kajang.

“Kereta jenis Mazda 6 berwarna merah yang berkunci ditemui di kawasan letak kenderaan awam. Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan mempunyai status rekod kenderaan hilang. Kenderaan itu kemudian dibawa balik oleh anggota polis terbabit untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.”

BACA JUGA: Misteri Dua Buah Kereta Yang Di Tinggalkan Berdebu Tebal Selama Lebih 6 Tahun Terjawab

Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras! 2

Terdahulu, gambar-gambar kereta ‘kembar’ itu tular  di media sosial kerana betul-betul sama sehinggakan nombor cukai pendaftaran juga didakwa sama.

Hal tersebut menyebabkankan pemilik asal kerap kali menerima saman atas kesalahan jalan raya sedangkan dia tidak melanggar undang-undang jalan raya seperti yang dinyatakan menerusi saman yang diterima.

Sumber: Berita Harian (Faris Fuad), Twitter, Shidie Art Pelukis Rakyat

Kerap Disaman Tanpa Sebab, Pemilik Jejak Kereta Kembar Seiras! 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here