Home All Isu Semasa Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Semasa PKP – Persatuan Haiwan

Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Semasa PKP – Persatuan Haiwan

1026
0
Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Semasa PKP – Persatuan Haiwan

Pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat tiga kali ganda di sekitar Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut Persatuan Haiwan Malaysia.

Presidennya Arie Dwi Andika  berkata perkara itu dikesan berdasarkan maklumat terdapat kucing dan anjing baharu dalam satu-satu kawasan yang dijaga Pemberi Makan Haiwan Jalanan.

“Misalnya, sesuatu kawasan itu selalu ada lima ekor anjing, tetapi semalam jumlah itu meningkat kepada 18 hingga 20 ekor, kira-kira tiga kali ganda. Kesemua anjing yang dibuang itu berada dalam keadaan sihat dan sangat bersih,” katanya.

haiwan peliharaan

Ditanya mengenai kelakuan anjing-anjing baharu itu, Arie berkata ia amat jinak dan tidak agresif.

Haiwan Peliharaan Dibuang Di kawasan Perindustrian

Beliau menambah, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati kebanyakan haiwan itu dibuang di kawasan perindustrian yang sunyi dan bukannya di kawasan perumahan.

“Pemilik haiwan memilih kawasan itu bagi mengaburi mata orang awam. Mereka langsung tidak mempedulikan keselamatan dan makan minum haiwan berkenaan,” katanya.

BACA: Hadapi Krisis Kewangan, Haiwan Di Zoo Jerman Mungkin Dikorbankan Jadi Makanan Haiwan Lain

Arie berkata persatuan tidak menolak kemungkinan pemilik haiwan bertindak sedemikian kerana khuatir jangkitan penyakit dan tidak mampu meneruskan memelihara haiwan peliharaan kerana kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP ini.

“Ke manakah kasih sayang sebelum ini telah pergi? Apakah nasib anjing dan kucing peliharaan yang selama ini menganggap pemilik sebagai keluarga sendiri dan sebagai tempat berteduh selepas dibuang,” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya mewajibkan pemasangan ‘mikrocip identiti’ di badan haiwan berkenaan kerana ia akan membantu mengesan pemilik haiwan jika mereka membuang haiwan itu.

Sementara itu, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata pemilik haiwan yang meninggalkan mana-mana haiwan yang menyebabkan ia terabai, sakit, lapar dan dahaga, boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(p) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” tegasnya.

Sumber

Baca Selanjutnya

Pembuangan Haiwan Peliharaan Meningkat Semasa PKP – Persatuan Haiwan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here