Home All Isu Semasa Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di...

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara

4356
1
pemberian

Sejak daripada hari Sabtu yang lalu, para pengamal media sudah sedia berkampung di hadapan Istana Negara bagi mendapatkan liputan terkini politik di Malaysia. Bagi menghargai usaha mereka, beberapa pihak telah tampil membantu menyediakan makanan dan minuman secara percuma untuk mereka.

Antara beberapa penaja yang hadir membuat pemberian tajaan adalah Milo, Tealive, Krispy Kreme, Burger King, Marry Brown dan banyak lagi. Setelah beberapa hari berkampung di sana, ramai pihak yang semakin berminat untuk membantu para pengamal media melakukan tugas mereka di sana.

Oleh kerana terlalu ramai yang sudah menaja, beberapa netizen mula mempertikaikan tindakan pemberian itu yang dilihat semakin berlebih-lebihan. Bukan saja kerana sudah terlalu ramai yang membantu, ada yang berasakan bantuan sebegitu seeloknya disalurkan kepada yang lebih memerlukan.

“Macam dah over pulak. Petugas media tu bukan fakir miskin ye.”

Beberapa netizen yang lain turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh pemilik akaun ini. Ada yang rasakan pemberian yang diberikan oleh beberapa jenama dianggap tidak relevan dan tidak ada kaitannya dengan keadaan pengamal media yang hanya memerlukan makanan dan minuman di sana.

Berikut adalah beberapa jenama yang turun padang memberikan bantuan kepada pengamal media yang berkampung di hadapan Istana Negara.

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara 1

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara 2

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara 3

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara 4

Semua pemberian bantuan yang diberikan pastinya sedikit sebanyak membantu meringankan beban pengamal media menjalankan tugas mereka. Dalam mendapatkan perkembangan terkini untuk disampaikan kepada rakyat, ianya bukanlah satu tugas yang mudah.

Bukan saja perlu menahan panas dan hujan tapi mereka juga perlu sentiasa bersedia dan berada di sana untuk dapatkan maklumat terkini.

CONTINUE READING

Netizen Tak Puas Hati Lihat Pemberian Berlebih-Lebihan Diberikan Kepada Pengamal Media Di Depan Istana Negara 5

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here