Home All Isu Semasa Dapat Inspirasi Dari Filem, Pemandu Teksi Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Wanita Mengandung

Dapat Inspirasi Dari Filem, Pemandu Teksi Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Wanita Mengandung

641
0

Pendapatan sebagai seorang pemandu teksi tidak lah memberikan pulangan yang lumayan buat lelaki ini. Tetapi itu tidak menghalangnya daripada membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan seperti wanita mengandung dan golongan ibu.

P. Raveendran pemandu teksi dari Seremban ini menawarkan perkhidmatan percuma kepada wanita mengandung dan dia telah melakukannya selama setahun setengah ini. Menariknya, idea ini mula tercetus apabila dia menonton sebuah filem Tamil berjudul Baasha.

pemandu teksi

Raveendran yang telah menjadi pemandu teksi sejak 2016, akan melakukan pusingan tiga kali seminggu ke unit bersalin di Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk menawarkan pertolongannya sekiranya ada ibu mengandung memerlukan pengangkutan.

Dia akan mula bekerja bermula jam 7 pagi sehingga 7 petang dan akan menerima pendapatan sebanyak RM100 hingga RM150 pada setiap hari. Selain menjalankan kerjayanya sebagai pemandu teksi, dia masih lagi meneruskan perkhidmatan percuma itu kepada wanita mengandung dan ibu yang membawa anak kecil.

Walaupun perniagaan agak perlahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, pemandu teksi ini masih meneruskan penghantaran percuma itu.

pemandu teksi

Merupakan peminat bintang filem India Rajinikanth, Raveendran mengatakan bahawa Baasha filem blockbuster pada tahun 1995 yang pertama kali mencetuskan idea menawarkan perkhidmatan percuma kepadanya. Filem yang dibintangi bintang filem itu mengisahkan mengenai pemandu automatik Baasha.

“Saya menikmati filem penuh aksi tetapi satu perkara yang menonjol, ada pelekat di belakang roda tiga Baasha yang mengiklankan perjalanan percuma untuk wanita yang hampir bersalin.”

Bermula daripada situ, dia mula memikirkan akan melakukan perkara yang sama dan ternyata impiannya itu tercapai kini. Kebiasaannya dalam seminggu, dia akan mengambil tiga ke empat wanita mengandung yang memerlukan bantuannya. Walaupun ramai yang menganggap perbuatannya ini adalah sia-sia, dia percaya ini merupakan sumbangannya kepada masyarakat.

Sumber

Dapat Inspirasi Dari Filem, Pemandu Teksi Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Wanita Mengandung 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here