Home All Isu Semasa KKM Sangat Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

KKM Sangat Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

1158
0
KKM Sangat Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup memang digalakkan bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggalakkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan orang ramai kerana terdapat bukti ia berkesan menurunkan jangkitan wabak COVID-19.

Beliau berkata, orang awam sememangnya digalakkan untuk memakai pelitup muka terutama mereka yang bergejala.Pelitup Muka

BACA: COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

“KKM memang sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala dan jika kita berada di kawasan orang ramai termasuk pengangkutan awam dan pusat beli belah.

“Kepada mereka yang bertugas di wad COVID-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) mereka diberikan penutup mulut dan hidung serta memakai peralatan pelindungan diri (PPE)… itu memang kita pastikan petugas warga kerja KKM dan barisan hadapan pelbagai agensi untuk memakainya,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, WHO juga menasihatkan mereka yang bergejala seperti demam, batuk, badan letih, sakit tekak, pening kepala tidak keluar rumah kecuali untuk urusan penting dan mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, individu yang bergejala hendaklah memakai penutup hidung dan mulut jika mereka perlu keluar rumah.

Sumber: BH Online

KKM Sangat Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here