Home All Isu Semasa Pemain Bola Yang Meludah Pun Akan Dihukum Kad Kuning – FIFA

Pemain Bola Yang Meludah Pun Akan Dihukum Kad Kuning – FIFA

538
0
Pemain Bola Yang Meludah Pun Akan Dihukum Kad Kuning - FIFA

PEMAIN bola boleh dilayangkan kad kuning jika meludah di atas padang apabila aksi bola sepak bersambung semula dengan Jawatankuasa Perubatan FIFA memberi amaran perbuatan itu berpotensi menyebarkan pandemik Covid-19.

Dengan bola sepak di Eropah mula untuk kembali beraksi, timbul kebimbangan berhubung tindakan pemain yang meludah di atas padang.

Kerap kali pemain dilihat melakukan perbuatan itu tetapi Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D’Hooghe menegaskan ia perlu dihentikan.

BACA: Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

pemain bola

“Ia adalah perbuatan yang biasa dilakukan oleh pemain bola semasa di atas padang dalam bola sepak dan tidak bagus,” katanya.

“Jadi apabila bola sepak bersambung semula, saya rasa kami perlu mengelak perbuatan meludah itu daripada berlaku.

“Persoalannya adalah sama ada tindakan boleh dilakukan. Mungkin pengadil boleh memberikan hukuman kad kuning.

“Tindakan meludah boleh menyebarkan virus. Inilah sebabnya mengapa kami perlu berhati-hati sebelum memulakan semula aksi bola sepak,” katanya.

Baca Selanjutnya

Pemain Bola Yang Meludah Pun Akan Dihukum Kad Kuning - FIFA 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here