Home All Isu Semasa Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap...

Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

3968
3
Pemain Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja | Tidak dinafikan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan banyak pihak mengalami kesukaran memperolehi pendapatan.

Malah, banyak syarikat, perkhidmatan, penggambaran drama atau perlawanan sukan juga ditutup buat sementara waktu.

Pemain bola sepak pasukan Kedah FA iaitu Azmeer Yusof menerusi laman Facebook meninggalkan pesan agar atlet bola sepak yang lain usah bergantung pada satu pendapatan.

Dia juga mengingatkan supaya mereka membuat persediaan awal berdepan apa juga kemungkinan yang bakal berlaku dalam arena sukan itu.

Kita pemain bola terlalu mewah

Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

Kepada pemain-pemain bola sepak di luar sana, apa yang jadi sekarang ini adalah pre retired. Selepas kita semua berhenti main bola sepak, apa pekerjaan kita? Kita harus fikirkan mulai sekarang. Tak selamanya kita berada di atas. Satu masa nanti kita akan landing ke tanah jua dan jadi seperti orang biasa. Jangan malu lakukan apa-apa pekerjaan sekali pun. Yang penting Halal di sisi agama Islam.

Tempoh PKP ini juga mengajar kita merasai nikmat free financial. Bank Negara dah beritahu penangguhan selama 6 bulan. Jadi di sini kita akan merasai nikmat tidak berkomitmen dengan bank. Apa yang saya lihat termasuk dengan diri saya sendiri, kita terlalu mewah. Apa yang kita nak semua kita dapat. Tetapi kita lupa dikemudian hari.

Jangan harapkan sukan bola sepak semata-mata

Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

Saya nak ajak sahabat ‘sedunia’ dengan saya supaya kembali kepada yang asal. Lupakan bola sepak dan fikirkan ke masa hadapan. Cari pendapatan lain, jangan mengharapkan gaji bola semata-mata. Ingat… tak selamanya bola sepak mahukan kita. Tak selamanya coach mahukan kita. Tak selamanya majikan mahukan kita. Prepare dari sekarang guys!

Ini aktiviti saya ketika PKP ni. Saya niatkan untuk tolong Warga Lembah Klang merasai ikan fresh. Ini juga pendapatan saya sewaktu PKP ni.

Selalunya orang akan ‘bercakap-cakap’ kepada si penjual ikan. Stop say like thatTry dulu masuk ke dalam dunia business ikan. Anda akan terkejut dengan pulangannya, InshaAllah. Lastly dear footballer, prepare your future now! Jangan harapkan bola sepak semata-mata.

Kpd pemain2 bolasepak di luar sana.. Apa yg jadi skrg ni adalah PRE RETIRED. Selepas kita semua berhenti main bolasepak,…

Posted by Azmeer Yusof 25 on Saturday, April 11, 2020

Sumber: Azmeer Yusof

Baca Selanjutnya

Pemain Bola Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here