Home All Isu Semasa Pelari Maraton Mahu Boikot Jurugambar Ini Kerana Takut Dimalukan Di Internet

Pelari Maraton Mahu Boikot Jurugambar Ini Kerana Takut Dimalukan Di Internet

1274
2
Pelari Maraton Mahu Boikot Jurugambar Ini Kerana Takut Dimalukan Di Internet

Pelari Maraton Mahu Boikot Jurugambar Ini Kerana Takut Dimalukan Di Internet  Sebagai seseorang yang bertungkus-lumus merakam detik-detik bermakna sesuatu peristiwa, sudah pastinya mereka mahu diberikan kredit atau pun pengiktirafan apabila hasil kerja mereka digunakan semula oleh pihak lain.

Bagaimanapun, tindakan seorang jurugambar yang meminta agar diberikan kredit berikutan gambar yang dirakam mereka digunakan kembali dalam satu hantaran di Facebook bagaimanapun dipersoalkan netizen.

Gambar tersebut sebelum ini ditangkap pihak ActionPix Malaysia ketika berlangsungnya salah satu kejohanan maraton di ibu negara.

pelari

BACA: Perut Cramp Semasa Berlari? Inilah Puncanya Dan Anda Perlu Elakkan Sebelum Berlari.

Gambar tersebut kemudiannya digunakan kembali peserta tersebut di akaun Facebook dipercayai miliknya baru-baru ini.

Just imaging this status without pix from us? Nothing, right? We’re not simply press the shutter button but wait for the…

Posted by ActionPix Malaysia on Friday, June 12, 2020

“Cuba bayangkan hantaran (status Facebook) ini tanpa gambar dari kami?

“Tiada apa-apa bukan? Kami bukannya menekan shutter tanpa menunggu detik yang betul untuk menangkap gambar ini.

“Dia boleh menulis 152 perkataan tetapi lupa untuk berterima kasih kepada jurugambar kami.

“Jika dia berkongsi (share) daripada page kami tiada masalah tetapi dia memuat turun dan membuat hantaran di akaunnya,” soal ActionPix di Facebook mereka.

Memakan diri

Bagaimanapun, permintaan agar jurugambar mereka diberikan kredit tidak diterima baik dengan netizen dengan masing-masing memberikan hujah dan sebab mereka yang tersendiri kenapa perkara itu tidak sepatutnya dilakukan.

Sambil menjelaskan lelaki tersebut tidak memotong bahagian watermark yang diletakkan bersama gambar tersebut, netizen juga berkata gambar tersebut yang diambil ketika acara larian adalah untuk dilihat kembali orang ramai yang terlibat dalam acara tersebut.

“Gambar tersebut bertujuan untuk dilihat dan dimuat turun orang ramai.

“Jadi apa yang anda (jurugambar) jangkakan, watermark yang besar itu sudah pun membantu anda,” tulis En Mka di hantaran tersebut.

Malah mereka juga berpendapat jurugambar tersebut sebenarnya yang perlu memberikan kredit kepada peserta larian tersebut.

Ini kerana menurut mereka, jurugambar tersebut berkemungkinan boleh menggunakan gambar tersebut untuk tujuan komersial perkhidmatan yang ditawarkannya.

“Kalau sukarela pun, dia yang sepatutnya bagi kredit pada model dalam gambar dan patut beri pampasan dan royalti jika guna untuk tujuan komersial bisnes dia.

“Apahal nak terima kasih pula, dia yg memandai shoot entah dari celah mana tak ada siapa minta pun,” jelas Azizal Adnan dalam ruangan komen hantaran tersebut.

Susulan daripada permintaan pihak jurugambar itu juga, ada netizen yang kemudiannya menzahirkan rasa bersyukur gambar mereka tidak diambil oleh pihak tersebut kerana mereka juga mungkin ditimpa perkara yang sama sekiranya perkara tersebut berlaku.

Bukan itu saja, ramai pelari juga mencadangan untuk memboikot agar perkhidmatan pihak itu tidak lagi digunakan dalam mana-mana acara larian selepas ini dek kerana salah faham tersebut.

“[…] Thank god you did not capture any of my picture.

“Kalau aku post tak credit hang aku rasa kena maki ke apa?” soal Cun Kang Leow.

“Jangan benarkan ActionPix di mana-mana acara di Malaysia selepas ini.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, masih banyak persaingan daripada jurugambar yang hebat-hebat di luar sana,” seru Mech Ir.

Ini kerana individu yang memuat naik kembali gambar tersebut dianggap sudah memberikan kredit yang sepatutnya dengan tidak memotong watermark yang di dalam gambar tersebut dimana orang lain mungkin tidak akan berkompromi dan memotong (crop) bahagian tersebut untuk tujuan mencantikkan gambar.

Yang membuatkan ramai pelari-pelari lain marah kerana jurugambar ini mengaibkan pelari tersebut dengan isu “illegal transfer bib”. Dimana isu tersebut tidak ada kaitan dengan isu hak milik cipta gambar.

Malahan isu illegal transfer bib ini sebenarnya berlaku kerana pemilik sebenar mengalami kecederaan di saat akhir jadi meminta salah seorang pelari lain untuk menggantikan larian bib tersebut.

Malah netizen juga berpendapat sepatutnya pihak jurugambar berhubung terus dengan individu tersebut bagi membincangkan perkara tersebut dan ada juga yang menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

BACA: Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan

Pelari Maraton Mahu Boikot Jurugambar Ini Kerana Takut Dimalukan Di Internet 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here