Home All Isu Semasa Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu...

Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2

11081
5
Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2

Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2 | Dikala dunia industri hiburan kini sedang kecoh dan bertelagah gara-gara isu bantuan khas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.

Namun, buat pelakon veteran Roslan Salleh, dia yang kini sudah tidak aktif lagi berlakon lebih senang menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama keluarga.

Memandangkan keadaan kesihatan yang tidak menentu, pelakon berusia 63 tahun ini memilih untuk meninggalkan dunia lakonan dan mempraktikan kebolehan memasak daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh untuk dijual.

Pelakon Veteran Roslan Salleh Buat perniagaan kecil-kecilan

Roslan berkata, perniagaan masih berjalan seperti biasa biarpun ketika dalam tempoh PKP, kerana dia menjalankan perniagaan dari rumah dan ada menyediakan khidmat penghantaran.

“Tak adalah rasa terganggu sangat sebab penjualan kini dibuat di rumah. Siapa nak beli, datang rumah atau mana pelanggan duduk berdekatan, saya akan hantarkan. Kalau dahulu, sebelum PKP ada juga saya buat jualan di luar…”

Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2

Janganlah terlalu meminta-minta

Mengulas mengenai isu bantuan khas yang sedang kecoh dalam kalangan artis kini, Roslan berpendapat yang mampu dan yang mewah bantulah pada mereka memerlukan. Manakala, yang kurang berpendapatan itu jangalah terlalu meminta-minta.

“Benda-benda ini, bantuan kena ikhlas dan jujur. Pada yang ada tu baguslah, ganjaran besar kalau membantu. Bagi yang tiada, jangan suka meminta…”

Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2 1

Tambahnya lagi, sememang sudah lumrah hidup sebagai penggiat seni ada turun dan naiknya, justeru mereka sepatutnya ada perancangan dan perkiraan sebelum membuat keputusan.

Sumber : Harian Metro

Baca Selanjutnya

Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2 2

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here