Home All Isu Semasa Pelakon Veteran ‘7 Hari Mencintaiku’, Idris Md Diah Meninggal Dunia Dalam Tidur.

Pelakon Veteran ‘7 Hari Mencintaiku’, Idris Md Diah Meninggal Dunia Dalam Tidur.

6307
0
Pelakon Veteran '7 Hari Mencintaiku', Idris Md Diah Meninggal Dunia Dalam Tidur.

Pelakon Veteran Sering Bawa Watak Bapa, Idris Md Diah Meninggal Dunia. | Industri seni kehilangan seorang lagi pelakon yang cukuo disegani, Idris Md Diah yang dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Putrajaya pada Isnin.

Berita duka itu dikongsi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi satu posting di laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Pelakon Veteran

“FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga pelakon veteran berkaliber dan penggiat seni yang dihormati.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah,” tulis kenyataan tersebut.

Memetik laporan Kosmo! Online pula, pemergian pelakon veteran berusia 61 tahun itu disahkan oleh anak saudara arwah, Nurul Nabihah Mod. Rizal.

“Benar bapa saudara saya meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Saya diberitahu tentang perkara tersebut pada pukul 3 pagi tadi,” kata Nabihah.

Menurut anak arwah iaitu Alia, ayahnya diketahui tidak sedar diri sekitar pukul 2 pagi dan ketika pasukan perubatan yang dihubungi tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

“Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tidak selera makan,” ujarnya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu meninggal dunia.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Zuhur.

Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap.

Selain berlakon, Idris juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 1980-an.

Sumber : FINAS , Kosmo! Online 

Pelakon Veteran '7 Hari Mencintaiku', Idris Md Diah Meninggal Dunia Dalam Tidur. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here