Pelajar Universiti Tak Puas Hati Makanan Bungkus Percuma PKP Tidak Seperti Dikehendaki | Boleh dikatakan setiap individu mengalami kesukaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang kehilangan mata pencarian, ada yang tiada sumber makanan dan bergantung sepenuhnya pada bantuan orang lain.
Namun ramai bernasib baik kerana masih ada bantuan makanan yang diberikan kepada mereka dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun begitu, rupanya ada yang tidak berpuas hati dengan makanan yang diberikan kepada mereka.
Seorang pelajar universiti perdana telah memuat naik di Twitter gambar dua bungkus makanan. Dia mengatakan bukan tidak bersyukur dan meminta warganet melihat sendiri dua bungkus makanan yang diterimanya.
Disebabkan itu, dia menerima kritikan dan reaksi negatif dari warganet sehingga kemudiannya memadam tweetnya.
Salah seorang rakan baik pelajar itu bagaimanapun membela rakannya mengatakan dia berhak untuk mengadu memandangkan dia tersekat dalam bilik kecil setiap hari dan jauh dari keluarga.
“Makan saja satu keseronokan yang dia ada.”
Namun begitu warganet membalas yang keadaannya jauh lebih baik dari sesetengah orang yang langsung tiada makanan untuk dimakan.
“Dapat makan pun komplen juga.”
“Sekarang bukan masa nak makanan bungkus sedap, tapi demi kemandirian dan kelangsungan hidup.”
Khabarnya juga, makanan bungkus percuma tersebut didapatkan untuk mereka yang tersekat di kolej kediaman oleh seorang sukarelawan yang telah berusaha mendapatkan makanan bungkus percuma untuk memastikan mereka tidak kelaparan.
Dia dikatakan kecewa dan bersedih dengan aduan tersebut memandangkan dia pernah dikuarantin kerana berusaha menolong pelajar-pelajar di universiti tersebut apabila membaca mengenainya di Twitter.
Pelajar-pelajar sepatutnya memahami dan menghargai di waktu ini ada yang tidak dapat makan akibat PKP. Tambahan pula makanan bungkus yang diberikan percuma itu tidak seteruk yang digambarkan. Yang penting anda sihat dan mampu meneruskan hidup sehingga PKP berakhir, bukan?

[…] berwajib seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan bekas menteri belia dan sukan ini, diharapkan isu pelajar yang masih berada di kampus ini dapat diselesaikan dengan […]
[…] ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Universiti Tak Puas Hati Makanan Bungkus Percuma PKP Tidak Seperti Dikehendaki […]
[…] menu sahur kerana ia mudah, murah dan cepat untuk disediakan. Tak kurang juga ramai dikalangan pelajar menjadikan makanan segera ini sebagai menu sahur kononnya boleh mengurangkan berat badan ke tahap […]