Home All Isu Semasa Pelajar UiTM Lagi Rela Tangguh Istiadat Konvokesyen Daripada Ambil Skrol Guna ‘Green...

Pelajar UiTM Lagi Rela Tangguh Istiadat Konvokesyen Daripada Ambil Skrol Guna ‘Green Screen’

2968
0
Pelajar UiTM Lagi Rela Tangguh Istiadat Konvokesyen Daripada Ambil Skrol Guna ‘Green Screen’

Pelajar UiTM Lagi Rela Tangguh Istiadat Konvokesyen Daripada Ambil Skrol Guna ‘Green Screen’ | Kebiasaan baharu yang diperkenalkan sejak wabak COVID-19 melanda negara telah menghalang beberapa acara besar dijalankan seperti biasa. Antara yang turut terkesan adalah majlis istiadat konvokesyen.

Seperti semua sedia maklum, konvokesyen adalah salah satu acara bersejarah buat mereka yang telah berhempas pulas selama beberapa tahun untuk menghabiskan pelajaran mereka.

Namun sejak kebiasaan baharu, majlis konvokesyen mungkin tidak dapat dijalankan seperti biasa – tiada lagi penjual bunga di tepi jalan, tiada lagi orang-orang yang berkumpul di luar dewan, tiada lagi balingan topi konvo bersama kawan-kawan.

BACA: Covid-19: Konvokesyen UiTM Ke-92 Ditangguhkan, Pelajar Luah Rasa ‘Pasrah’

Istiadat Konvokesyen

Terbaharu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah tampil dengan satu cadangan agar istiadat konvokesyen dijalankan menggunakan kaedah kebiasaan baharu. Dalam satu video yang berlegar di laman sosial, UiTM telah hadir dengan cadangan agar penggunaan ‘green screen’ sebagai alat utama untuk pesta konvokesyen pada masa akan datang.

Dalam satu perkongsian di laman Twitter, istiadat konvokesyen ini akan dijalankan secara ‘janji temu’ untuk pelajar diploma dan ijazah. Namun, cadangan ini kurang popular di kalangan para pelajar.

Video yang berdurasi lebih 1 minit ini telah dimuat naik dengan menunjukkan cara-cara kebiasaan baharu bagi konvokesyen yang telah ditangguhkan pada awal tahun yang telah dicadangkan oleh UiTM.

Mereka akan melalui proses saringan COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke kampus. Pelajar kemudiannya akan mengambil dan memakai jubah konvokesyen lalu merakam gambar di hadapan green screen.

Bagi para pelajar, cara ini tidak popular dan tidak dapat diterima kerana mereka tidak dapat merasa gah untuk berjalan di atas pentas sambil dilihat bangga oleh ibu bapa mereka setelah habis penat belajar.

Pelajar lain pula menyatakan bahawa mereka sanggup untuk menunggu istiadat konvokesyen dijalankan pada tarikh yang lain atau ditangguhkan saja pada tahun ini. Tetapi mereka tidak boleh menerima cara kebiasaan baharu istiadat konvokesyen ini.

Dalam satu ciapan lain, difahamkan bahawa istiadat konvokesyen ini hanyalah cadangan yang diberi oleh pihak UiTM buat graduan bagi tahun 2020. Mereka yang tidak bersetuju sebenarnya masih boleh memberi maklum balas kepada pihak universiti.

Pelajar UiTM Lagi Rela Tangguh Istiadat Konvokesyen Daripada Ambil Skrol Guna ‘Green Screen’ 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here