Home All Isu Semasa Pelajar UiTM Dedah Hidupnya ‘Mewah’ Berkurung di Kampus. ” Taklah Teruk Sangat..”

Pelajar UiTM Dedah Hidupnya ‘Mewah’ Berkurung di Kampus. ” Taklah Teruk Sangat..”

7580
0
Pelajar UiTM Dedah Hidupnya ‘Mewah’ Berkurung di Kampus.

Pelajar UiTM Dedah Hidupnya ‘Mewah’ Berkurung di Kampus. ” Taklah Teruk Sangat..” | MENGENANGKAN Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti sayu hati pelajar-pelajar universiti apabila teringatkan keluarga yang berjauhan.

Lebih-lebih lagi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang berkuatkuasa sehingga 28 April ini, pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut awal Ramadan bersama keluarga.

Begitu jugalah yang dialami pelajar UiTM Nurfarra Tasya Rosman, 21, yang kini masih berada di kolej Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, Perlis sejak hari pertama PKP dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Universiti Tak Puas Hati Makanan Bungkus Percuma PKP Tidak Seperti Dikehendaki

Tweet yang dimuatnaik Tasya pada Selasa mengenai bantuan yang diperoleh daripada kerajaan negeri Perlis telah tular.

“Pada Selasa, saya diberitahu untuk turun ke bawah bagi mengambil bantuan. Tak sangka dapat duit RM100.

“Ada juga pihak lain yang bermurah hati sedekahkan burger McDonald’s kepada pelajar-pelajar yang berada di dalam kampus.

“Sekarang ni di Perlis tengah musim buah harum manis, kami juga ada terima pulut mangga,” ujar Tasya yang merupakan pelajar jurusan teknologi polimer.

Pelajar UiTM
Tweet Tasya pada Selasa lalu mendapat perhatian netizen.

Kebajikan Pelajar UiTM Terbela Sepanjang Tempoh PKP

Sepanjang tempoh PKP ini, Tasya memberitahu bahawa kebajikan dirinya dan rakan-rakan dijaga dengan baik dan setakat ini tiada masalah yang timbul.

“Ramai juga pelajar yang masih berada di kampus, lebih kurang 700 pelajar lelaki dan perempuan. Memang tak rasa sunyi langsung di sini.

“Kami diberi makanan percuma tiga hari sekali dan setakat ini makanan semua sedap.

“Di Twitter, ada pelajar universiti lain yang mengeluh tentang makanan mereka, tapi mereka perlu faham bahawa makanan tersebut dimasak dalam skala yang besar. Tak boleh nak expect makanan terlalu sedap,” ujar Tasya yang menghargai usaha kakitangan UiTM bertungkus lumus menjaga kebajikan pelajar UITM.

Dalam pada itu, Tasya menyifatkan bahawa situasi sewaktu PKP ini tidak banyak beza berbanding hari biasa.

Alhamdulillah saya tak rasa tertekan langsung kerana ada rakan sebilik untuk bersembang.-NURFARRA TASYA ROSMAN,PELAJAR UiTM Perlis.

“Kami tidak digalakkan untuk keluar berjalan-jalan tetapi kami mempunyai group WhatsApp buat pelajar yang terkandas di kampus sewaktu PKP. Jika kami teringin nak makan KFC, McDonalds atau makanan lain, kami akan buat senarai dan seorang wakil akan belikan.

“Dari segi berhubung dengan keluarga, saya kerap membuat panggilan video dengan mereka untuk bertanya khabar dan keadaan mereka di rumah,” ujar Tasya yang berasal dari Melaka.

Tambah Tasya lagi, dia pada mulanya telah membeli tiket perjalanan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) namun terpaksa membatalkan niat tersebut pada saat akhir.

“Saya dan dua lagi kawan dah beli tiket balik, namun tiket tu bertarikh 19 Mac manakala hari pertama PKP pula pada 18 Mac, memang bukan rezeki kami.

Pelajar UiTM Dedah Hidupnya ‘Mewah’ Berkurung di Kampus. " Taklah Teruk Sangat.." 1
Antara makanan yang diterima oleh Tasya dan pelajar lain hasil sumbangan orang ramai.

“Pihak universiti menasihatkan kami untuk patuh dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan. Ibu bapa saya pun risau sebab nanti tren akan berhenti di KL Sentral dan risiko tu tinggi bila ramai orang di satu-satu tempat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu depresi, Tasya memberitahu bahawa dia dan rakan yang lain tidak mempunyai masalah seperti yang dialami oleh pelajar di universiti lain.

“Alhamdulillah saya tak rasa tertekan langsung kerana ada rakan sebilik untuk bersembang. Pihak kolej pula ada sediakan satu bilik karaoke tetapi hanya untuk lima orang pada satu-satu masa.

“Saya sendiri kalau bosan, saya akan keluar daripada bilik ‘ambil angin’ dan buat aktiviti untuk tidak melayan perasaan bosan tersebut.

“Saya faham ada pelajar yang tertekan. Kesian juga, mereka tiada kawan untuk bersembang dan meluahkan perasaan di Twitter. Netizen pula marah pelajar tersebut dengan kehidupan mereka.

Buat masa ini bukan untuk tunjuk siapa lagi susah tetapi lebih kepada memberi sokongan moral,” ujar Tasya dalam nada simpati.

Berkenaan kelas online yang telah pun bermula sejak Isnin lalu, pelajar UiTM ini memberitahu terdapat sedikit perbezaan berbanding kuliah biasa.

“Biasa dalam kelas bila tak faham boleh terus tanya secara bersemuka, kelas atas talian ni susah sedikit.

“Kadang-kadang apa yang pensyarah sampaikan tu lain, tapi pelajar tafsir lain.

“Lain pensyarah lain cara mengajarnya. Pelbagai platform atau aplikasi yang digunakan sebagai contoh WhatsApp, Telegram, Google Classroom, dan Webex,” ujar pelajar UiTM ini yang teruja memandangkan ini pengalaman kali pertamanya berdepan situasi sebegini.

Tweet yang dimuat naik oleh pelajar UiTM ini pada Selasa sehingga kini telah mendapat 7,400 ulang kicau (Retweet) dan 18,000 tanda suka daripada netizen.

Baca Selanjutnya

Pelajar UiTM Dedah Hidupnya ‘Mewah’ Berkurung di Kampus. " Taklah Teruk Sangat.." 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here