Home All Isu Semasa Untuk Mudahkan Pelajar Kembali Ke Sekolah, Aplikasi Percuma Datang.my Siap Kod QR...

Untuk Mudahkan Pelajar Kembali Ke Sekolah, Aplikasi Percuma Datang.my Siap Kod QR Dihasilkan Oleh Siswa Uniten

809
1
Untuk Mudahkan Pelajar Kembali Ke Sekolah, Aplikasi Percuma Datang.my Siap Kod QR Dihasilkan Oleh Siswa Uniten

Untuk Mudahkan Pelajar Kembali Ke Sekolah, Aplikasi Percuma Datang.my Siap Kod QR Dihasilkan Oleh Siswa Uniten | MENJELANG pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan murid-murid kelas peperiksaan awam Rabu ini, pasti banyak persiapan yang harus dilakukan.

Bagi membantu kelancaran proses itu, seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) tampil dengan sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai Datang.my.

Menurut Muhammad Akif Rabbani Ab Rashid, 23, dia mula membangunkan sistem untuk imbasan kod QR kedatangan pelajar bermula Ahad lalu dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh dua hari.

BACA: Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja Sekolah Anak!

“Ahad minggu lepas, cikgu sekolah menengah saya mesej. Dia tanya, ada ke sistem yang boleh digunakan?

“Dari situ saya dapat idea dan hasilkan dalam dua hari. Prosesnya tidaklah mudah, tapi saya pun dah biasa buat sistem untuk kolej dan sebagainya.

“Dengan aplikasi percuma itu, ia akan hasilkan kod QR unik untuk setiap orang, kelas atau kumpulan dan cikgu akan imbas pelajar setibanya mereka di sekolah,” ujarnya.

pelajar

Akif merupakan penuntut Uniten yang membangunkan aplikasi percuma, Datang.my.

Mesra disapa Akif, dia berkata sistem itu juga boleh digunakan untuk merekod suhu dan waktu kehadiran pelajar dan data itu boleh dipindah kepada Excel serta dalam format PDF.

Dengan menggunakan aplikasi Datang.my, ia sekaligus dapat menjimatkan masa semasa kedatangan pelajar serta kos penyediaan sistem memandangkan ia dihasilkan secara percuma oleh Akif sendiri.

Menurut Akif, dia sejujurnya lega dengan penghasilan aplikasi itu memandangkan ia dapat membantu guru apabila sesi persekolahan dibuka tidak lama lagi.

pelajarAplikasi ini disediakan secara percuma oleh Akif.

“Saya rasa tenang sikit tengok cikgu. Kalau tidak, mungkin mereka kena print dan tulis satu-satu.

“Saya pun tak harapkan duit. Cuma bila kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah ada rezeki lain menanti,” ujar penuntut bidang Sains Komputer itu.

Antara fungsi tambahan aplikasi Datang.my termasuklah penghantaran mesej dengan caj RM0.07 sen kepada ibu bapa sejurus murid tiba di sekolah.

Dalam mesej itu, penjaga akan dimaklumkan bahawa anak mereka sudah tiba disekolah termasuk dengan bacaan suhu pada hari tersebut.Sis

Malah, Akif juga kini dalam proses menghasilkan satu lagi fungsi tambahan iaitu pengimbas suhu mudah alih.

“Saya sengaja buat sistem ini seringkas yang boleh untuk senangkan semua orang.

“Saya juga mahu cipta portable thermometer. Apabila diimbas, terus masuk data dalam aplikasi itu,” ujarnya.

pelajarAkif akui tenang apabila ciptaannya itu dapat memudahkan urusan guru di sekolah.

Bercerita mengenai dirinya, Akif yang berasal dari Semenyih, Selangor turut mempunyai syarikat sendiri yang menyediakan khidmat rundingan IT.

Menurut pembangun aplikasi itu, minatnya ke arah bidang tersebut mula bercambah sewaktu kecil lagi dan dia banyak belajar menerusi internet sahaja selama ini.

Kata Akif, setakat pagi Ahad sudah 234 sekolah mendaftar untuk menggunakan aplikasi Datang.my.

Untuk penggunaan, mana-mana sekolah hanya perlu mendaftar di laman web Datang.my dan mendapatkan aplikasi di Gedung Play Store secara percuma.

Dia turut membuat hebahan mengenai aplikasi itu menerusi laman Facebook miliknya sehinga ia menjadi tular.

BACA: KPM Umum Peperiksaan UPSR & PT3 Dibatalkan, SPM Pula Ditunda Tahun Depan

Untuk Mudahkan Pelajar Kembali Ke Sekolah, Aplikasi Percuma Datang.my Siap Kod QR Dihasilkan Oleh Siswa Uniten 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here