Home All Isu Semasa Pelajar Dari Sabah Tinggal di Atas Pokok Selama 24 Jam Untuk Jawab...

Pelajar Dari Sabah Tinggal di Atas Pokok Selama 24 Jam Untuk Jawab Peperiksaan Dalam Talian

5066
2
Pelajar Dari Sabah Tinggal di Atas Pokok Selama 24 Jam Untuk Jawab Peperiksaan Dalam Talian

Pelajar Dari Sabah Tinggal di Atas Pokok Selama 24 Jam Untuk Jawab Peperiksaan Dalam Talian | Berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, semua institusi pendidikan seperti sekolah, universiti dan kolej terpaksa ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan kembali selamat.

Bagi sesetengah institusi, pembelajaran dalam talian digunakan bagi memastikan sesi pengajaran dapat diteruskan.

Namun, bagi pelajar yang tinggal di kawasan yang sukar untuk mendapat akses internet pastinya akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bahan pembelajaran harian.

BACA: Anak Ada Peperiksaan Besar Tahun Ni? Ajar Anak Doa Ni Untuk Ingat Dengan Sekali Baca

Tetapi masalah liputan internet yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah ini.

Dia sanggup untuk tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalTiadaani peperiksaan secara dalam talian.

pelajar

Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (cabaran 24 jam atas pokok).

Video yang berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah perlu memanjat pokok untuk mendapatkan talian internet yang lancar ketika peperiksaannya yang berlangsung secara dalam talian pada 9 Jun lalu.

Dalam video tersebut, dia menceritakan bagaimana dia terfikir untuk melakukan perkara itu setelah pondok yang dibinanya di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan itu, rosak akibat cuaca buruk.

pelajar

Veveonah terkejut apabila melihat ia telah rosak kerana sudah lama tidak menjenguk pondok tersebut, kerana membantu ibu bapanya menoreh getah.

Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, power bank, sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.

Dia berada dalam kelambu di atas pokok itu pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.

pelajar

Dia mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia pada sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petangnya.

Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah tersesat masuk ke dalam kelambunya.

BACA: Bila Kena Sengat Tebuan Jangan Berlengah, Dr Ni Kongsi Langkah Kecemasan Kena Buat Untuk Selamat!

pelajar

“Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit.” 

Setelah selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang pada keesokan paginya.

Veveonah  mula aktif sebagai YouTuber sejak April lalu, dan dia turut memuat naik video lain yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup secara tradisional.

Sumber

Pelajar Dari Sabah Tinggal di Atas Pokok Selama 24 Jam Untuk Jawab Peperiksaan Dalam Talian 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here