Home All Isu Semasa Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana...

Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19

3071
2
Malindo Air

Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19 | Penangan COVID-19 atau coronavirus bukan hanya menggugat kesihatan masyarakat malah beberapa syarikat turut terjejas daripada penularan wabak itu.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan mengumumkan langkah untuk mengurangkan kos seperti potongan gaji bagi pengurusan dan kru kabin.

Ada juga yang mengurangkan sasaran pertumbuhan dan penumpang. Menurut laporan, syarikat penerbangan Malindo Air terpaksa mengurangkan banyak laluan penerbangan berjadual berikutan cabaran operasi yang disebabkan oleh COVID-19.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan memo tentang notis cuti tanpa gaji selama dua minggu yang diberikan kepada semua kakitangan Malindo Air.


Malindo Air

Di dalam memo tersebut, Malindo Air terpaksa menyemak semula terma perkhidmatan untuk semua kakitangan syarikat. Malindo Air juga terpaksa meminta jasa baik kakitangan untuk mengambil potongan gaji asas hingga 50% untuk beberapa bulan yang akan datang sehingga situasi kembali pulih sepenuhnya.

Waktu bekerja juga akan dikurangkan dan setiap kakitangan hanya perlu bekerja sebanyak 15 hari sebulan.

Pihak syarikat turut bersimpati dan berat hati ingin mengatakan langkah-langkah drastik yang dilaksanakan ini akan memberikan kesan kepada kewangan anda dan keluarga. Pada ketika ini, syarikat sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan perniagaan dan jika sekiranya perkara ini menemui jalan penyelesaian, pihak syarikat tentunya akan mengkaji semula langkah-langkah yang diambil.

Sebelum ini, Malindo Air menjadi syarikat penerbangan terawal mendedahkan ‘inisiatif pengurangan kos’ berkaitan dengan COVID-19. Menurut memo yang dikongsikan sebelum ini, semua kakitangan dengan gaji kasar RM5,000 ke bawah akan dibayar penuh pada hujung bulan lalu tetapi bagi yang dengan gaji kasar atau asas lebih daripada RM5,000 akan hanya mendapat gaji asas dan bakinya akan dibayar pada 7 Mac 2020.

Baca Selanjutnya
Pekerja Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here