Home All Isu Semasa Pekerja Khazanah Nasional Dijangkiti Covid-19 Berada Dekat Dengan Bekas Menteri Pada Hari...

Pekerja Khazanah Nasional Dijangkiti Covid-19 Berada Dekat Dengan Bekas Menteri Pada Hari Simptom Muncul

9709
0
covid-19

Seorang pesakit Covid-19 dipercayai telah berada dekat dengan bekas menteri dan bekas timbalan menteri.

Malaysiakini berkata, pesakit itu yang merupakan seorang ahli kanan kepimpinan Khazanah dan ketua satu syarikat berpautan kerajaan, telah menghadiri majlis kerajaan dengan bekas menteri dan bekas timbalan menteri tersebut.

Ianya ialah majlis penghargaan bagi dua bekas menteri dan timbalannya kerana kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

covid-19

Majlis itu diadakan pada 27 Februari di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Khazanah Nasional Berhad, awal semalami mengesahkan yang salah seorang pekerjanya telah dijangkiti Covid-19.

4 Kes Baru Covid-19

Kementerian Kesihatan semalami mengumumkan empat kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pekerja Khazanah tersebut ialah kes 26.

Menurut Kementerian Kesihatan, pesakit 26 telah mengembara ke Shanghai pada pertengahan Januari lepas.

Dia mengalami demam dan sakit tekak pada 27 Februari, pada hari sama majlis itu diadakan dan diuji positif Covid-19. Dia telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital SUngai Buloh.

Berdasarkan bukti fotografi di majlis pada 27 Februari, pesakit 26 dilihat berdiri beberapa kaki jauhnya dari bekas menteri dan timbalannya.

Malaysiakini telah menghubungi kedua-duanya untuk mendapatkan komen. Seorang menolak untuk memberikan komen, manakala seorang lagi belum memberi respons.

Malaysiakini difahamkan yang seorang dari mereka sedang mengkuarantin diri sendiri dan akan mendapatkan pemeriksaan dalam masa terdekat.

Salah seorang dari mereka telah menyertai Perikatan Nasional manakala seorang lagi sebahagian dari gabungan Pakatan Harapan.

Mereka bergaul dengan rakan ahli parlimen dalam beberapa siri mesyuarat politik susulan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan Isnin lepas.

Perlu dinyatakan sehingga malam tadi, tiada bukti setakat ini bahawa kedua-duanya telah dijangkiti Covid-19.

Tambahan pula Covid-19 mempunyai tempoh inkubasi dari dua hingga 14 hari.

Sehingga kini, Covid-19 telah menjangkiti 87,604 di seluruh dunia dan meyebabkan kematian 3,001 orang.

Majoriti kes berada di China, 79,824 dijangkiti di mana ia juga negara asal virus ini muncul.

Kini virus itu telah tersebar ke negara-negara lain dan beberapa kerajaan negara kini sdang berusaha membendung penyebarannya.

Ini termasuk Korea Selatan (3,736 kes), Itali (1,128 kes), Iran (978 kes) dan Jepun. (256 kes).

Baca Selanjutnya

Pekerja Khazanah Nasional Dijangkiti Covid-19 Berada Dekat Dengan Bekas Menteri Pada Hari Simptom Muncul 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here