Home All Isu Semasa PDRM Bagi Amaran Body Shaming, Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Jenayah

PDRM Bagi Amaran Body Shaming, Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Jenayah

1205
0
PDRM Bagi Amaran Body Shaming, Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Jenayah

PDRM Bagi Amaran Body Shaming, Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Jenayah | Perlakuan mengejek atau ‘membahan’ bentuk fizikal seseorang individu secara terbuka mahupun melalui gajet adalah satu tindakan yang umum kita tahu sebagai perbuatan yang tidak baik.

‘Body shaming’ ataupun dalam bahasa Melayu ‘ejekan tubuh’ ini dilihat semakin berleluasa seiring dengan penggunaan media sosial yang meluas.

Ejekan tubuh ini termasuk perbuatan memalukan seseorang terhadap tubuh, warna kulit, atau penampilan mereka.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) melalui Facebook rasmi mereka bahawa perbuatan ini disifatkan sebagai kesalahan jenayah.

BACA JUGA: Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan

body shaming

BODY SHAMING ADALAH JENAYAH

‘Body shaming’ atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di mana-mana perkhidmatan aplikasi adalah merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1)(b).

Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.

Ayuh jauhi budaya ‘body shaming’ dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita.

PDRM Bagi Amaran Body Shaming, Hina Rupa Fizikal Seseorang Adalah Jenayah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here