Home All Isu Semasa LFS Kuala Terengganu Jadi Pawagam Pertama Malaysia Laksana Zon Pengasingan Jantina

LFS Kuala Terengganu Jadi Pawagam Pertama Malaysia Laksana Zon Pengasingan Jantina

631
0
LFS Kuala Terengganu Jadi Pawagam Pertama Malaysia Laksana Zon Pengasingan Jantina

Seiring dengan kebenaran operasi pembukaan semula pawagam di Malaysia, Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square di sini melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali berkata, pelaksanaan peraturan baharu yang berkuat kuasa bermula 1 Julai itu adalah mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan baharu itu kepada semua pelanggan yang berkunjung ke tempat berkenaan.

BACA JUGA:“Ada CCTV, Boleh Nampak Semua” – Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat ‘Wayang’ Dalam Pawagam

“Pelaksanaan peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah,” katanya.

Katanya lagi, pihak pengurusan LFS bertanggungjawab untuk melakukan pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram serta membuat pemantauan di dalam panggung wayang sekiranya berlaku keadaan atau situasi mencurigakan.

Bagi pawagam yang berkeluasan kecil, mereka yang berkeluarga boleh memilih untuk duduk di mana-mana tempat duduk yang disediakan manakala bagi dewan yang agak luas telah dibahagikan tempat duduk bahagian tengah panggung wayang untuk pasangan berkeluarga.

Namun, ia bergantung kepada keadaan semasa yang mana terdapat juga pengunjung lelaki atau wanita ditempatkan di tempat duduk bahagian tengah sekiranya keadaan memerlukan asalkan menjaga batasan antara satu sama lain.

Difahamkan, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua pelanggan termasuk bukan Islam. Pihak LFS juga sedia melaksanakan sebarang penambahbaikan bagi membolehkan ia dipatuhi oleh semua pelanggan.

“Ini adalah peraturan baharu dan boleh dikatakan LFS Kuala Terengganu adalah panggung wayang pertama yang melaksanakan peraturan ini di Malaysia. Setahu saya belum ada lagi panggung wayang lain yang menguatkuasakan zon pengasingan sebegini.

“Jadi kita di peringkat pengurusan pun masih baharu dengan peraturan ini dan bersedia untuk memperbaiki sebarang kelemahan bagi memastikan kepuasan pengunjung yang datang ke sini,” katanya.

pawagam
Sumber: LFS Cinemas

Nga Kor Ming minta Kerajaan Persekutuan campur tangan isu asing jantina di pawagam

Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming berkata kerajaan persekutuan tidak wajar berdiam diri berkenaan perkara tersebut yang mungkin memberi kesan terhadap kemajmukan budaya di Malaysia.

Katanya, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu berundur ke belakang dengan melaksanakan perintah pengasingan jantina yang mungkin menggambarkan imej buruk buat negeri itu.

Nga berkata beliau menyuarakan kebimbangan masyarakat bukan Islam yang khuatir dengan beberapa isu terkini, termasuk penbekuan lesen alkohol baru di Kuala Lumpur dan pengasingan jantina di pawagam Terengganu.

Sumber: Sinar HarianMalaysiaKini

LFS Kuala Terengganu Jadi Pawagam Pertama Malaysia Laksana Zon Pengasingan Jantina 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here