Home All Isu Semasa Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan

4187
1
staf hospital

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan | Bagi kakitangan perubatan di klinik atau hospital, memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit sudah menjadi tanggungjawab dalam tugasan harian mereka.

Terbaru, tindakan seorang petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) meraih pujian ramai setelah sanggup berlari mendapatkan pesakit yang tertinggal kad rawatan.

Beberapa keping gambar dikongsi aktivis sosial, Kuan Chee Heng di laman Facebook miliknya yang kagum dengan pemuda staf hospital bernama Zahiruddin itu terhadap dua warga emas berbangsa Cina. Ikuti perkongsiannya…

staf hospital

Anak Melayu ini kejar 2 apek Cina, hebat anak Melayu ini. Saya sangat terharu, beliau berkejar turun dari wad kejar apek. kerana apek tertinggal kad temujanji.

Dia jelaskan macam nak gila pada apek Cina berkenaan mengenai keadaan adik apek yang terlantar dan terangkan segala ubat dan juga tarikh temu janji.

Apek terkebil-kebil. Beliau ulang dengan sabar. Tak marah pun pada apek. Apek tanya dia jawab dengan tertib dan perlahan lahan. Steady kau anak Melayu.

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan 1

Malaysia perlukan ramai kita yang tiada ada rasis dan berkhidmat dengan penuh sopan, sabar dan berhemah. Memang hebat gila anak Melayu ini. Tahniah KKM kerana berjaya mendidik penjawat yang super best.

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan 2

Walau bagaimanapun, Kuan atau lebih dikenali ‘Uncle Kentang’ memohon maaf kerana merakam gambar pemuda tersebut tanpa kebenaran dan mencadangkan supaya pihak HKL memberi penghargaan kepada Zahiruddin.

Siapa buat baik kita viralkan

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan 3

Kebanyakan netizen memuji kesungguhan staf hospital itu dalam memastikan pelawat dan pesakit mendapat layanan sebaiknya dan memuaskan hati.

Terbaik! Hebat anak muda

staf hospital

Rasa lapang dengar cerita macam ni

staf hospital

Respek! Semoga Allah berkati staf hospital ni

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan 4

Sumber : Kuan Chee Heng

Patut Diberi Pujian! Staf Hospital Berlari2 Kejar Pakcik Yang Tertinggal Kad Rawatan 5

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here