Home All Isu Semasa Pasar Borong KL Kini Milik Warga Tempatan, Bebas Kuasa Pendatang Asing!

Pasar Borong KL Kini Milik Warga Tempatan, Bebas Kuasa Pendatang Asing!

3323
1
Pasar Borong KL Kini Milik Warga Tempatan, Bebas Kuasa Pendatang Asing!

Pasar Borong KL Kini Milik Warga Tempatan, Bebas Kuasa Pendatang Asing! | Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Minoriti (DPM), Mohd Zulkifli Abdul Fattah memuji tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang berjaya mengusir warga asing di Pasar Borong Selayang.

Berikutan itu, warga tempatan telah mula bekerja di pasar tersebut malah mendapat sambutan warganegara yang menganggur termasuk gelandangan selepas pihak majikan membuat iklan peluang pekerjaan.

“Kami merakamkan penghargaan kepada Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat.

pasar borong

“Dari maklumat yang kami terima, iklan tersebut mendapat sambutan dan membuktikan rakyat tempatan tidak memilih pekerjaan kerana peluang pekerjaan mereka sebenarnya telah dirampas oleh warga asing.

“Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar borong itu berjaya memonopoli kawasan tersebut dalam jangka masa singkat.

“Ini berpunca pemegang lesen mencari jalan mudah menyewakan lot kedai kepada warga asing dan mengaut keuntungan ‘atas angin’,” katanya menerusi laporan Malaysia Gazette.

Menurut Mohd Zulkifli, terdapat samseng menjaga kawasan pasar itu yang mengutip wang perlindungan daripada warga asing bagi memastikan keselamatan mereka.

BACA: 3,000 Pekerja Diperlukan, Ini Peluang Rakyat Tempatan Monopoli Pasar Borong

“Kesannya, seluruh kawasan pasar borong itu dan sekitarnya menjadi penempatan warga asing dan ini semua berlaku disebabkan rasuah.

“Jika warga asing boleh berniaga, berkuasa dan membuka penempatan sendiri di kawasan ini, punca utamanya pasti ada kebenaran dari pihak tertentu.

“Kami ada membuat tinjauan dan mendapati kebanyakan warga asing di kawasan ini adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati),” ujarnya.

Pasar Borong KL Kini Milik Warga Tempatan, Bebas Kuasa Pendatang Asing! 1Gambar sekadar hiasan

Sumber : Manzaidi Mohd Amin (Malaysia Gazette)

Baca Selanjutnya

Pasar Borong KL Kini Milik Warga Tempatan, Bebas Kuasa Pendatang Asing! 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here