Home All Keluarga Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait...

Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik

1491
0
Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik

Siapa pernah kena bohong dengan pasangan? Biasa kita dengar perempuan menuduh lelaki suka berbohong namun lelaki turut menyuarakan pendapat bahawa perempuan juga suka berbohong. Memang sakit hatikan bila dapat pasangan yang suka berbohong. Nak tinggal sudah sayang, sudahnya kena hadap seumur hidup.

Tentu ramai tertanya-tanya bagaimana sikap berbohong ini mula terbentuk? Menurut Prof Madya Dr Rusinah Siron dari Kolej Pengajian Siswazah UNITEN jika sedari kecil individu sudah terbiasa dengan percakapan bohong, diajar untuk berbohong oleh kedua ibu bapanya, sikap inilah yang akan membentuk personaliti dirinya pada masa depan.

“Sebagai contoh jika anak kecil diajar, “jangan cakap dengan mak ayah keluar dengan kawan. Di hari lain pun anak diajar oleh emaknya, jangan bagitahu ayah. Di hari lain pula ada lagi pembohongan diterimanya, lama kelamaan hal ini berkembang sebagai satu kebiasaan dalam hidupnya.

“Apabila terlalu banyak diajar tentang pembohongan yang dianggap perkara biasa bagi menyembunyikan perlakuan salah, anak akan membesar dengan menganggap pembohongan itu adalah perkara biasa baginya pada masa depan.

“Hal ini dipanggil fundemental yang mampu merosakkan masa depan jiwa anak sedari kecil. Bohong ini biasanya berprinsip kepada cubaan menyelamatkan diri, suka-suka selain amalan kepada satu pelarian. Jika anak sudah terbiasa dididik sejak kecil begini, mereka akan mewarisi genetik pembohongan ini seumur hidupnya kerana dia beranggapan, bohong itu biasa bagi menyelamatkan dirinya dan lari dari kesalahan dia lakukan,” katanya ketika dihubungi.

Berbohong

BACA:10 Tip Psikologi Mengenalpasti Seseorang Sedang Bercakap Jujur Atau Bohong

Adakah sikap ini boleh diubah?

Menurut Prof Madya Dr Rusinah, untuk memperbetulkan situasi yang sudah jadi kebiasaan memang akan mengambil masa.

“Jika seorang itu mempunyai jati diri dan ada keinginan untuk berubah, secara perlahan-lahan sikap ini boleh diubah. Tapi agak sukar pada permulaan kerana ia sudah menjadi kebiasaan baginya.

“Biasa bagi orang yang suka berbohong memang agak susah kecuali ada dorongan dan dia terdorong untuk mengubah sikapnya. Perempuan harus belajar bersabar kalau mendapat pasangan hidup yang suka berbohong. Memang sakit hati tetapi bila selalu diajar untuk berkata benar biar pahit, lama kelamaan sikap ini boleh diatasi.

Jelas Prof Rusinah lagi, manusia ini dikurniakan akal namun akal seharusnya diguna dengan baik, bukan untuk mencipta penipuan demi penipuan yang harus ditanggung oleh pasangan yang sentiasa sakit hati apabila dibohongi. Bohong itu juga berdosa di sisi agama. Tak wujud bohong sunat, bohong wajib atau lain-lain istilah.Berbohong juga sikap orang munafik!

“Nak tinggal dah sayang, ada anak-anak, ada keluarga. Nak tak nak lelaki memang kena berubah. Boleh berubah jika lelaki ini tahu untuk memimpin diri dan keluarganya dengan talian agama dan hidup secara positif. Isteri menyokong, mendorong, menjadi inspirasi untuk suami berubah dengan lebih baik,”katanya lagi.

Berbohong ketika menjalin hubungan bukan saja boleh mengakibatkan ribut tapi taufan terus.

Kalau masa bercinta dah kuat berbohong nak buat apa?

Bagaimana kalau semasa bercinta dah nampak pasangan suka berbohong? Ini remaja yang sedang hangat bercinta harus membacanya dengan teliti kerana Prof Rusinah menasihatkan agar ditinggalkan saja lelaki/ perempuan yang biasa berbohong kerana kita tak akan sakit hati bila dah berkahwin nanti.

“Bila bohong dah jadi sikapnya kerana diajar dari kecil, agak susah dia tinggalkan sikapnya. Jadi paling selamat, kalau dah biasa kena tipu semasa bercinta, tinggalkan saja kerana kita tak akan selalu sakit hati,” katanya memaklumkan hal ini sukar jika pasangan sudah berkahwin.

So guy n girl, kalau biasa jumpa pasangan suka menipu, datang lambat pun nak tipu, pinjam duit janji nak bayar pun tipu serta banyak lagi penipuan demi penipuan dicipta, eloklah putus saja ya agar tak sakit hati sangat bila dah kahwin.

BACA: Tidak Menukar Nombor Telefon Lebih 10 Tahun Tanda Anda Seorang Yang Boleh Dipercayai

Pasangan Suka Bohong Akan Terus Berbohong! Dia Tak Akan Berubah Kerana Berkait Dengan Genetik 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here