Home All Isu Semasa Pandai Menjahit Sejak Usia 5 Tahun, Tukang Jahit Cilik Siapkan 100 Helai...

Pandai Menjahit Sejak Usia 5 Tahun, Tukang Jahit Cilik Siapkan 100 Helai PPE

3878
0
Pandai Menjahit Sejak Usia 5 Tahun, Tukang Jahit Cilik Siapkan 100 Helai PPE

Pandai Menjahit Sejak Usia 5 Tahun, Tukang Jahit Cilik Siapkan 100 Helai PPE | Walaupun baru berusia sembilan tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri tidak membuang masa sebaliknya memahami dengan menggalas tanggungjawab ketika negara mengekang wabak Covid-19.

Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk digunakan petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Dia yang belajar menjahit sejak berusia lima tahun menggunakan masa terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaksanakan misi itu dengan bantuan ibunya, Hasnah Hud.

Pandai Menjahit Sejak Usia 5 Tahun, Tukang Jahit Cilik Siapkan 100 Helai PPE 1Hasnah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas diberitahu tentang pasukan perubatan negara termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurangan.

Menerusi laporan Astro Awani, dia yang belajar menjahit sejak berusia lima tahun menggunakan masa sebaiknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bantuan ibunya Hasnah Hud.

BACA: Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral Projek Tudung

“Saya mendengar tentang situasi itu dan berjumpa kakitangan HTAN untuk bertanya jenis bantuan yang saya boleh berikan kerana saya memang tukang jahit. Mereka mengalu-alukan jika saya dapat menjahit PPE untuk disumbangkan kepada mereka.

Apabila saya ceritakan pada Afia tentang hasrat saya untuk menjahit PPE, dia pun turut sama teruja mahu membantu.

“Malah, semua PPE yang kami hasilkan sehingga kini dijahit sendiri oleh Afia. Saya cuma bantu kemaskan di bahagian leher sahaja,” kata Hasnah ketika dihubungi Astro AWANI.

“Dia selalu tengok saya menjahit. Permulaannya ketika berusia lima tahun, dia hanya bertanya, lepas tu dia tolong sikit-sikit.

“Masuk usia tujuh tahun, saya mula bagi dia kain-kain perca sebab nampak minat dia ke arah itu. Kemudian dia jahit sarung bantal dan jual kepada penduduk kampung,” kata Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis.

menjahit
PPE yang disiapkan hampir sepenuhnya oleh Afia sendiri.

Hasnah berkata, anaknya itu sudah mula menjual hasil jahitannya kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.

Bagi menyiapkan sepasang PPE, Afia mengambil masa kira-kira sejam untuk dihasilkan dan kini sebanyak 100 pasang telah dihantar ke hospital tersebut.

Sumber : Astro Awani

Baca Selanjutnya

Pandai Menjahit Sejak Usia 5 Tahun, Tukang Jahit Cilik Siapkan 100 Helai PPE 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here