Home All Isu Semasa Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

9117
2
Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli | Tak kira hujan atau panas, individu yang menyara keluarga terus mencari rezeki walaupun agak sukar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang menjual pelbagai jenis sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Nur Aina yang meminta pertolongan orang ramai berdekatan lokasi itu agar meringankan beban pakcik berkenaan.

BACA JUGA: Bertongkat Sambil Bawa Guni, Pakcik Duduk Jual Cili Ditanam Sendiri

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

Lebih menimbulkan rasa simpati apabila pakcik itu menjual di tengah panas terik matahari namun tiada pelanggan yang singgah membeli.

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

Kalau tak mahu beli, sedekah pun jadilah kepada pakcik jual sayur

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

“Katanya tinggal di Penanti dan selalu berniaga pasar malam tapi disebabkan PKP ni, dia dah tak boleh berniaga,” tulis Nur Aina.

Walau bagaimanapun, kemaskini pada posting tersebut mengatakan jualan pakcik berkenaan telah habis diborong oleh insan yang baik hati.

Terima kasih pada yang menolong!

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli 1

Rata-rata warganet turut kasihan dan mendoakan agar pakcik jual sayur tersebut sentiasa dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah SWT.

Sumber : Nur Aina

Baca Selanjutnya

Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here